Dzulfikar Mashoor | |
TELOK KEMANG, 29 Sept:"Kami mahu Isa. Kalau tak kami BOIKOT". Demikian kain rentang yang masih dapat dilihat di beberapa kawasan Batu 6 Teluk Kemang, di sini. Dipercayai kain rentang itu dibuat sendiri oleh penyokong tegar bekas Menteri Besar, Tan Seri Mohd Isa Abdul Samad. Kain rentang itu juga dikatakan sebagai isyarat awal kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa akar umbi bertegas mahukan Isa. Ini kerana Najib dijadualkan mengumumkan calon pilihan Umno BN petang ini. Bersebelahan rumah kampung Isa, Balai Raya Si Rusa yang dijadikan bilik gerakan Umno kelihatan tidak dihiasi sebarang bendera dan kain rentang. Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Umno Telok Kemang, Datuk Ismail Taib berkata, dia telah mengarahkan budak-budaknya menurunkan kain-kain rentang berkenaan. (Gambar: Salah satu kain rentang yang dinaikkan di Bagan Pinang) "Ini kerja orang gila,"kata beliau sebagaimana dilaporkan The Malaysian Insider. Ekoran itu, kain rentang protes yang sama mula diturunkan di sekitar kampung halaman Isa, Kampung Baru Si Rusa, sejak pagi tadi. Suasana hambar di situ, seolah-olah menggambarkan Umno tempatan boikot pilihan raya jika Isa tidak terpilih sebagai calon. Beberapa perkembangan terkini menjangkakan Umno masih berdepan pergelutan kuasa dalaman dalam Umno, walaupun Umno berjaya menampilkan seorang calon yang bersih. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Umno diboikot, jika Isa tak jadi calon / UBN Najib Altantuya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan