"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inkues Teoh: DNA pada Teoh Beng Hock dari orang mati bernama Gopala

Harakahdaily
SHAH ALAM, 2 Okt: Inkues Teoh Beng Hock hari ini diberitahu, DNA lelaki misteri pertama yang diperolehi dari badan simati adalah milik lelaki yang telah meninggal dunia bernama Gopala.

Ia disahkan melalui DNA yang diperolehi dari anaknya, beritahu pakar DNA, Dr Seah Lay Hong.

Bagaimanapun, DNA lelaki misteri kedua masih belum diketahui.

Dr Seah berkata, beliau bersama rakan-rakannya telah membuat autopsi ke atas Gopala pada 17 Julai.

Dr Seah memberikan keterangan dalam Inkues kematian Teoh Beng Hock pagi ini.

Keterangan beliau ini menolak andaian yang dibuat oleh sebuah laman web misteri T4TBH yang mengandaikan DNA misteri itu datangnya dari dua pemimpin DAP.

Laman web itu juga membuat andaian, kedua-duanya telah menolak Teoh Beng Hock jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam untuk menutup rahsia yang disimpan Teoh.

Sementara itu, Peguam bagi pihak Peguam Negara, Datuk Abdul Razak berkata, pihaknya akan memanggil dua pegawai kanan SPRM Selangor pada 14 Oktober nanti untuk memberikan keterangan.

Beliau menolak laporan sebuah laman web yang mendakwa dia sedang berusaha untuk menghalang dua pegawai kanan SPRM itu dari memberikan keterangan.

Beberapa saksi inkues ini sering menyebutkan nama Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamudin yang membuat arahan kepada mereka dalam siasatan.

Namun, laman web itu mendakwa, peguam Jabatan Peguam Negara itu berusaha keras dari dia di bawa ke inkues itu.

Tiada ulasan: