"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ugutan bunuh, Teresa minta polis segera siasat / UBN Najib Altyantuya

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 1 Okt: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok meminta pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melakukan siasatan segera ke atas ugutan bunuh yang diterimanya semalam.

Beliau yang juga Adun Kinrara dilaporkan sebagai berkata,ugutan bunuh tersebut dimuatkan ke dalam blognya Sassy MP pada jam 10.27 pagi semalam.

Ugutan yang dihantar oleh pengirim yang menggelarkan dirinya sebagai Hanturaya berbunyi "Teresa, kau ni patut diajar dengan darah. Terima kasih."

Beliau juga memberitahu komen berbentuk ugutan itu dimuatkan di bawah laporan A Second DAP Members' Branch, yang merujuk kepada penubuhan cawangan DAP sewaktu sambutan Hari Raya baru-baru ini.

Difahamkan juga komen itu dimuatkan melalui alamat IP 120.141.120.96.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di balai polis Pandan Indah pagi tadi, beliau berkata tujuan beliau membuat laporan polis itu adalah untuk melindungi diri dan keluarganya daripada segala bentuk ancaman memandangkan rumah keluarganya pernah diserang dengan dua bom petrol setahun yang lalu.

Pada awal pagi 27 September tahun lalu, rumah keluarganya di Jalan Ipoh dibaling dua bom petrol.

Bagaimanapun, bom yang diisi dengan berpuluh-puluh batang paku dan minyak tanah tersebut tidak meletup dan terbakar kerana tidak sempat dinyalakan oleh lelaki tersebut.

Sekeping nota berbaur ugutan bunuh terhadap beliau turut ditinggalkan. Ketika kejadian Teresa tiada di rumah itu kerana berada di rumahnya sendiri di Jalan Klang Lama.

Kejadian tersebut berlaku selepas seminggu beliau dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),

Beliau dilaporkan berkata ketika itu bahawa ia mungkin ada kaitan dengan penahanannya itu kerana didakwa membangkitkan isu-isu mengenai Islam.

Tiada ulasan: