"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Kugan : Peguam Dan Keluarga Kesal / UBN Najib Altantuya

Hanya seorang anggota polis yang didakwa dalam kes kematian A Kugan iaitu Konstabel Navindran Vivekanadan dan 10 yang lain terselamat dari sebarang pertuduhan.

Navindran bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan untuk mendapatkan pengakuan Kugan. Navindran didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan atau Seksyen 330 kanun yang sama iaitu menyebabkan kecederaan kepada si mati.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua tuduhan tersebut.

Sebelum ini Peguam Negara, Tan sri Gani Patail memutuskan ada kes untuk pendakwaan berdasarkan kepada penelitian terhadap bukti-bukti yang telah diberikan.

Berdasarkan keterangan yang diambil dari 92 saksi, Navindran dikatakan telah memukul Kugan menggunakan hos getah dan empat hari kemudiannya Kugan menemui ajal.

Peguam dan keluarga Kugan kesal, sekiranya disabitkan kesalahan, anggota polis yang terlibat hanya dikenakan hukuman penjara dan ia tidak setimpal dengan apa yang menimpa Kugan.

" Keluarga sangat kecewa. Hanya seorang yang didakwa. Dan dia didakwa di bawah seksyen 330 dan 331. Kugan mengalami kecederaan parah. Sukar untuk diterima. Hanya seorang yang dipertanggungjawabkan di atas semua kecederaan yang dialami oleh Kugan" ujar Gobind, peguam pemerhati keluarga Kugan.

Gobind yang mewakili keluarga si mati berkata, pihaknya tidak akan membenarkan perkara ini berlalu begitu sahaja. Pembelaan ke atas Kugan akan diteruskan.

" Keluarga Kugan tidak akan berhenti di sini sahaja. Kami inginkan jawapan. Kami ingin tahu adakah ini setimpal dengan kecederaan parah yang terpaksa dilalui oleh Kugan" tambahnya lagi.

Namun bagi ibu Kugan, N. Indra, sukar untuknya mengawal kesedihan mengenangkan nasib anaknya yang tidak terbela.

" Apa mahu cakap? Semua orang tipu. Dia boleh dijamin dengan RM 10,000, saya punya anak? Rugilah saya. Senang-senang dia duduk tadi. Hati orang dia tahu ke? Kalau RM 10, 000 saya pun boleh bagilah. Kenapa dia tak dakwa? Apa ini kerajaan?".

Dalam pada itu, ibu tua itu turut mempertikaikan ketelusan polis dalam menjalankan tugas.

" Apa ini polis? Polis kena jaga orang. Semua barang dicuri, inikah polis? Pertama kali kena tangkap, kena siksa dan mati. Sekarang baru 1 orang. Ini apa? pamerankah? satu orang sahaja. Saya mahu angkat semua orang. Kita tak mahu 331, kita mahu 302" ujar keluarga Kugan.

Kes Kugan akan disebut semula pada 5 November nanti.

-tvantara.com-

Tiada ulasan: