"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TENTERA PUN ADA BANDARAYA? CERDIKNYA PM KITA / UBN Najib Altantuya

Mandor

HATTA, Port Dickson pun ingin dijadikan Bandar Tentera Darat oleh Najib. Pekan Port Dickson yang gelap dan sunyi menjelang lepas maghrib itu akan dihadiahkan oleh Najib kepada warga Tentera Darat sebagai membalas jasa mereka, kononnya. Sudah pasti ramai warga tentera yang terbahak-bahak ketawa dengan idea cerdik PM kita itu. Itulah yang dipanggil idea spontan menjelang PRK Dun Bagan Pinang. Semua warga tentera tahu itu semua kerana anggota-anggota tentera sekarang bukan seperti anggota-anggota tentera zaman komunis dahulu. Mereka kini terdiri dari mereka yang terpelajar sekurang-kurang mempunyai SPM.

Adakah dengan label Bandar Tentera Darat itu boleh mengubah nasib keseluruhan anggota tentera? Apabila dibangunkan Port Dickson untuk dijadikan Bandar Tentera Darat, yang mendapat tuah kontrak atau pemaju agak-agaknya siapa? Tentera kah? Kalau bukan kroni-kroni mereka orang politik siapa lagi? Adakah peruntukan untuk membangunkan Port Dickson menjadi Bandar Tentera Darat? Entahlah, sedangkan hendak kasi bonus pun tak mampu. Dapat RM 500 dibayar dua kali pula.

Bandar Tentera Darat tempatnya di tepi laut. Kalau Bandar TLDM kira lojik jugalah. Apa kepentingan bagi anggota tentera di sana jika Port Dickson dijadikan Bandar Tentera Darat? Entah mengapa Najib tiba-tiba istihar Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat menjelang PRK Dun Bagan Pinang tidak lama lagi. Agak-agaknya ikhlas ke Najib ni. Jika tiada PRK di situ, agak-agaknya mahu ke Najib buat keputusan `secerdik' itu? Hendak dijadikan Port Dickson sebagai `kampong angkat' atau `bandar angkat' atau `bandar emas' sepertimana di kawasan lain tatkala adanya PRK, sudah tidak laku lagi. Kini, ubah stail sikit dengan mengistihar `Bandar Tentera Darat'. Tentera Udara dan Laut tidak berkecil hati ke? Jika mahu juga gelaran seperti itu, tunggulah kot-kot ada PRK di kem-kem mereka.

Begitulah usahanya Najib untuk mengelakkan dari menerima aib berkali-kali. Sehinggakan terpaksa memilih calon yang pernah didapati bersalah dalam rasuah politik wang asalkan calon itu orang situ. Itulah insan terbaik yang ada di muka bumi Port Dickson khususnya di Bagan Pinang. Kesihan warga tentera jika mendapat Wakil Rakyat seperti itu.

Tiada ulasan: