"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

APA SUDAH JADI? dengan laman-laman web berita pro Pakatan Rakyat

Apa sudah jadi dengan laman-laman web berita pro Pakatan Rakyat. Bermula dengan laman web yang menyiarkan berita tv internet seperti web tvpas dan kini diikuti pula tranungkite yang langsung tak berfungsi.

Web TVPAS dulu ada menyiarkan berita dari klip video yang diterbitkan oleh TVAntara , TV Selangor dan TV PAS tapi kini sudah tidak ada lagi. Berita klip video, forum bualbicara Anjung Minda dan Bincang-bincang yang terdapat TVAntara dan TV Selangor juga tidak dapat ditunton apabila klik.

Tranungkite hampir sebulan tak berfungsi apabila diklik kenyataan (Bawah) ini sehaja yang keluar kemudian pengunjung dihalakan ke TKOdaily. Beberapa hari lepas TKOdaily pula mengalami masalah yang serupa maka pengunjung dihalakan pula ke Detikdaily. Pagi ini Detikdaily, utaraonline dan harakahdaily pula sukar untuk dikunjungi. APA SUDAH JADI?




Selamat Hari Raya Maaf zahir Batin daripada Warga Kerja Tranungkite Online (TKO) dan moderator.

Pihak kami meminta maaf TKO tidak boleh dilancarkan semula pada 17 September sebagaimana yang dijanjikan kerana mengalami beberapa kekangan, apatah lagi suasana di bulan puasa dan menjelang Hari Raya ini menyebabkan sebahagian besar mereka yang terbabit sibuk dengan pelbagai tugas.

Insya-Allah jika tiada halangan TKO akan muncul dengan perubahan yang besar. Perubahan ini mungkin akan menyebabkan sebahagian daripada kita akan terasa kelaianannya.

Harapan dan doa untuk kami kerana TKO masih lagi dalam proses "upgrade" yang melibatkan banyak perkara dan akan siapa menjelas raya nanti.

Buat masa ini lawat laman-laman rakan reformasi untuk berita terkini.
Webmaster
18 September 2009

Tiada ulasan: