SM Noor | |
MARANG, 2 Okt: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa PAS mempunyai bukti bahawa berlaku ketidaktelusan dalam undi pos. Katanya, undi pos masih lagi tidak telus kerana masih terdapat dakwaan pengundi-pengundi pos yang tidak mengundi tetapi kertas undi mereka telah diundi orang lain. "Cuma kita masih lagi mepersoalkan undi pos, kerana undi pos tidak telus, masih lagi terdapat 'igauan-igauan' yang menyatakan bahawa di sana terdapat pengundi-pengundi yang tidak mengundi tapi kertas mereka diundi, ini (dakwaan yang) masyhur dalam undi pos, ini yang kita bimbang,"katanya. Katanya, PAS mempunyai bukti dan ada individu yang sanggup memberikan keterangan terhadap perkara di atas. Beliau juga berkata tidak ada kerahsiaan dalam undi pos di mana dengan kaedah yang ada sekarang, boleh diketahui siapa yang membuang undi berkenaan. "Kita telah membuat bantahan kepada SPR, sehingga kini meraka tak mampu, contohnya kerahsiaan undi pos tidak ada sebenarnya. "Kerana diberi dua kertas (dalam proses undi pos) satu kertas undi, satu kertas saksi, yang mengesahkan dia mengundi, kemudian kertas ini dimasukkan ke dalam dua sampul berlainan dan dimasukkan kedalam (sebuah) sampul besar. "Apabila buka dua sampul ini, dia (pihak berkenaan) tahulah orang (pengundi pos) undi apa, di situ ada unsur ugutan berlaku,"jelasnya kepada media yang dipetik oleh Buletin Online selepas mengunjungi mangsa ribut di sekitar Kampung Pengkalan Berangan, di sini, kelmarin. Namun demikian beliau berharap agar para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan membuat pemilihan tepat bagi memilih wakil rakyat terbaik untuk mereka. Menurutnya, pengundi perlu membuat penilaian dengan sebaik-baiknya bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar memenuhi tuntutan rakyat, sebagaimana negara-negara lain yang mengamalkan demokrasi bersih. Beliau turut yakin calon PAS, Zulkefly Mohd Omar yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan adalah seorang yang amanah kerana pernah bekerja dengan Pusat Zakat Selangor dan mempunyai rekod bersih dalam mengendalikan kewangan. "Terpulang kepada BN (Barisan Nasional) nak pilih siap (calon mereka) kerana itu hak mereka, tapi kita yakin calon kita adalah bersih dan amanah serta mampu memikul tanggungjawab untuk memimpin rakyat. "Insya-Allah,kita telah pilih calon terbaik dari segi khidmat yang mampu diberi kepada masyarakat Bagan Pinang dan sekiranya terpilih menjadi ADUN, kita kita yakin beliau mampu memainkan peranan yang besar,"katanya apabila ditanya pihak media tentang perbezaan antara calon PAS dan BN. Sehubungan itu, beliau yakin, PAS akan menang dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada 10 Oktober depan berdasarkan prestasi pilihan raya umum ke-12, Mac 2008. "Peluang untuk kita (PAS) menang sangat baik kerana kita sudah mencapai kemajuan di kawasan itu, apabila kita mencapai undi 4,000 dan Barisan Nasional 6,000 undi Pos hanya 5,000, menunjukkan undi rakyat kita telah menang di kawasan (Bagan Pinang),"katanya. Turut hadir mengiringi Abdul Hadi adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali, Penasihat MTD Pengkalan Berangan, Haji Mohd Deraman, dan Pengarah MTD Pengkalan Berangan, Ustaz Abdullah. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Undi pos tidak telus, PAS ada bukti! / UBN Najib Altantuya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan