"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hubungan Kami Baik, Kata Azmin

Di sebalik pelbagai spekulasi media tempatan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menganggap hubungannya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai baik.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa juga tidak menganggap kritikannya terhadap Tan Sri Khalid sebagai cubaan menjatuhkan Menteri Besar itu, sebaliknya mainan segelintit media tempatan.

Azmin berkata demikian ketika sidang media sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di Seremban.

Beliau sekaligus menolak andaian, kononnya peletakan jawatannya dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor kerana mahu menjatuhkan Tan Sri Khalid, menafi terlibat mendalangi Kumpulan 15.

Azmin sebelum ini disebut-sebut sebagai perancang konspirasi 15 ahli parlimen PKR yang kononnya mahu meminta Tan Sri Khalid meletak jawatan tetapi disangkal Ahli Parlimen Gombak ini.

"Itu tak betul. Letak jawatan dalam PKNS tiada kaitan dengan Kerajaan Selangor. Nama G-15 bukan kita cipta, dicipta oleh media. Pendirian ahli parlimen kami ialah memastikan delivery system bertambah baik.

"Tidak timbul soal jatuhkan Tan Sri khalid, tak timbul sama sekali. Kita mahu negeri Selangor jadi role model sebelum ke Putrajaya," katanya yang menjelaskan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid berlangsung dengan baik.

Tiada ulasan: