Ketuanya Mohd Nor Hamzah berkata mendakwa GERTAK merupakan "proksi Umno" untuk meraih sokongan Melayu yang didakwanya semakin hilang, terutamanya di kalangan anak muda.
GERTAK hari ini memberitahu Malaysiakini, pihaknya akan menganjurkan forum itu dan berharap lebih ramai menghadirinya berbanding perhimpunan 'Melayu Bangkit'dua minggu lalu.
Razali Idris berkata forum yang dijadual turut diadakan di Terengganu hujung bulan Oktober, akan membincangkan topik agama, Raja-Raja Melayu, isu sosial, politik, pendidikan dan ekonomi.
Ia dijangka membariskan ahli panel terkemuka termasuk bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam; mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; bekas presiden Bursa Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid, dan Profesor Diraja Ungku Aziz.
Dalam satu kenyataan hari hari ini, dewan itu juga mahu pihak polis menghalang prgram GERTAK - NGO yang didakwa tidak berdaftar dengan pihak pendaftar pertubuhan.
"Justeru, Pemuda PAS Terengganu mencabar GERTAK dan Pemuda Umno Terengganu untuk berdebat bagi membuktikan siapakah yang benar-benar membela Melayu selama ini, dan siapa pula yang mengkhianati bangsa Melayu semenjak 50 tahun yang lalu," kataMohd No.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan