"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa Pas lambat?

Ustaz Saiful Bahri

Dalam menanggani isu perpaduan melayu, Pas dilihat lambat bertindak. Pas seolah-olah duduk dipenjuru gelanggang apabila loceng pertarungan dibunyikan. Pas diasak oleh UMNO dan dilihat berjaya menjuarai isu ini. Pas seolah-olah bertahan dalam isu ini. Menyerang mufti Harussani dilihat sebagai tindakan tidak bijak. Sedikit sebanyak akan menaruh simpati rakyat terhadap beliau dan secara langsung rakyat akan turut bersimpati terhadap UMNO.

Umno sendiri bukannya benar-benar hendakkan perpaduan bersama Pas maupun perpaduan melayu. Memang dikala ini mereka amat tersepit tetapi mereka hanya berhasrat untuk menjuarai undi orang-orang melayu. Mereka sendiri tahu bahawa sebahagian besar pengundi melayu menyokong Pas. Kebanyakan pertembungan kerusi juga adalah diantara Pas dan Umno. Apabila di spin isu perpaduan melayu, mereka cuba menggambarkan bahawa Pas dalam keadaan serba salah. Seolah-olah enggan kepada perpaduan sesama bangsa dan takutkan kepada orang cina khususnya DAP. Jadi merekalah juara melayu.

Ia menimbulkan tanda-tanya terhadap rakyat dan masyarakat majoriti melayu tentang apa sikap Pas. Hendak disambut bimbang takut isu perpaduan dicanang semula. Hendak diam begitu sahaja seolah-olah Pas lebih suka kepada perpecahan dan enggan perpaduan. Mereka memalu gendang ‘silat pulut’ sedang Pas bersedia dengan memakai sut ‘tomoi’. Jadi Nampak tak serba tak kena.

Sebenarnya Pas tak perlu menari mengikut rentak UMNO tetapi Pas perlu selangkah kehadapan. Sepatutnya inilah masa dan saatnya Pas menjuarai perpaduan Islam. Perpaduan yang meletakkan UMNO di penjuru gelanggang. Pas perlu mengambil kesempatan awal dengan menganjurkan satu "Perhimpunan Rakyat atau Konvensyen Perpaduan Islam Se Malaysia” yang melibatkan semua pertubuhan, Ngo dan lapisan rakyat. Inilah sebaik-baik alternative setelah UMNO gagal membina perpaduan berasaskan kebangsaan sempit mereka. Jadikan firman Allah Swt dalam surah al-Imran ayat 103 sebagai asas

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
Undang dan jemput semua organisasi dan juga mereka yang mencintai perpaduan dan Islam. Jangan lupa mengundang UMNO dan PERKASA. Pas sebagai parti Islam terbesar di Malaysia dilihat mampu menganjurkannya. Pakatan perlu menjuarai ke hadapan dan kita boleh lihat apakah UMNO benar-benar bersedia untuk sebuah perpaduan. Kita cukup berkeyakinan resolusi “Islam sebagai asas perpaduan” pasti akan diterima oleh semua umat islam di Malaysia yang benar-benar mencintai perpaduan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan bahasa.

Tiada ulasan: