"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

“SDO P. Pinang Nik Ali Mat Yunus Akan Dirujuk J/K Tatatertib” - Najib

ulitmayang
Sebenarnya, untuk bergaduh dengan pegawai dan kakitangan kerajaan, Najib kena fikir 1000 kali, bukan 2 kali. Walaupun tahun 1999 beliau sudah berpecah dari Team Wawasan pimpinan Anwar, dan tidak lagi berkemudikan Anwar, dan ketika itu belum lagi menjadi orang nombor satu, tetapi at least beliau harus faham dan kena sedar, PRU 10 kalau tidak kerana kecekapan Mahathir menipu, Putrajaya yang baru diduduki sudah tentu jatuh. Post– mortem BN dan Barisan Alternatif sama iaitu faktor dan pengaruh anggota perkhidmatan awam.


Ingatlah, penganiayaan ke atas Anwar telah menyebabkan pegawai dan kakitangan kerajaan khususnya yang mempunyai akses ke maklumat sumber kedua, telah membuat keputusan yang tepat, memberikan peringatan kepada UMNO dan BN bahawa mereka usah dicabar untuk menyatakan pendirian melalui peti–peti undi.

Sebagai contoh menurut Cik Gu Pa, Terengganu jatuh disebabkan salah satu faktornya adalah anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan telah memanfaatkan satu undi dan satu suara untuk menurunkan Ayah Wan ketika itu. Bukan sahaja di Terengganu, bahkan seluruh negara menyaksikan anggota perkhidmatan awam bangkit, memberikan satu peringatan berguna untuk Mahathir ketika itu.

Seharusnya, Najib walaupun ketika itu masih muda, kira–kira 46 tahun, berbanding hari ini hari lahirnya yang ke-57, sudah dikira matang untuk berfikir, dan jangan menduga pemikiran anggota perkhidmatan awam hari ini buntu ekoran kegawatan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup, maka mereka akan berdiam diri dan tidak berbuat sesuatu. Sangatlah khuatir kalau–kalau PRU 13 sedikit hari nanti mereka bertindak di luar batas, bukan kerana gila babi, atau tidak waras, tetapi kepala dan pemikiran dia orang sudah menjadi gila–gila. Kalau lah itu terjadi, mampukah Najib menahannya dan menyelamatkan Putrajaya? Kedua, selepas itu pulak Najib ada satu [1] pilihan sahaja, iaitu hadapkan Nik Ali ke Jawatan Kuasa Tatatertib, kerana bagi beliau Putrajaya ada lah segala–galanya ="3">Ketiga, selepas itu, beberapa pilihan untuk Najib, iaitu Pecat Nik Ali, atau kedua [2], turunkan pangkat, dan paling komang beri amaran.

4.Keempat, seterusnya tidak ada pilihan melain Nik Ali perlu ditukarkan keluar dari Pulau Pinang

Kemungkinan dan kebarangkalian Najib akhirnya tunduk dalam isu ini, banyak bergantung kepada tekanan secara berterusan pengurusan kerajaan negeri. Sekiranya berjaya, ia merupakan kejayaan berganda, pertama dari segi moral, dan kedua melepaskan duri dalam daging, seterusnya mengurangkan ‘karenah’ yang sengaja dicipta, dan terus dimainkan sehingga ‘mencapai’ matlamat, visi dan misi.

Berita asal seperti di bawah ,,,,,baca selanjutnya

Ketua Menteri: Putrajaya lindungi 'Little Napoleon'Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini berkata beliau menerima apa yang disifatkannya sebagai "mesej" daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung kecamannya terhadap Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus, lapor Bernama. "Saya terima mesej dari Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bahawa kerajaan persekutuan masih mahu mempertahankan 'little Napoleon', saya ucap terima kasih atas mesej tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan hari keluarga Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Georetown hari ini.

Perdana Menteri, dalam kenyataannya semalam berkata kabinet tidak boleh menerima tindakan Lim yang membuat kenyataan hingga menjatuhkan maruah pegawai persekutuan.

Najib berkata, Lim sebagai ketua menteri seharusnya membuat teguran berhemah dan dilakukan secara tertutup.
Bohong

Dalam pada itu, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang membidas Nik Ali yang disifatkan oleh setiausahanya, Ng Wei Aik sebagai bercakap bohong.

Ng sehubungan itu juga menafikan ketua menteri Pulau Pinang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nik Ali (kiri) ketika majlis pelancaran projek Keretapi Bukit Bendera dan menyangkal kerajaan negeri tidak menyediakan tempat duduk untuknya pada majlis berkenaan.

“Sehingga kini, ketua menteri Pulau Pinang tidak pernah membuat sebarang komen terhadap perkara tersebut yang telah dibangkitkan oleh Nik Ali. Tidak pernah terlantas dalam fikiran ketua menteri untuk mengeluarkan kata-kata kesat walaupun diberi layanan yang kurang sewajarnya oleh Pejabat Pembangunan Negeri,” katanya.
Menurut Ng (kanan), Nik Ali merupakan seorang 'Little Napoleon' yang kurang ajar yang sanggup “berperang dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan tindakannya telah direstui oleh ketua setiausaha negara dan pemimpin-pemimpin Umno, temasuk timbalan perdana menteri.

“Adakah ini bermaksud bahawa Nik Ali, termasuk kakitangan-kakitangan awam yang lain turut boleh mengkritik atau berperang dengan menteri-menteri Umno atau BN, termasuk ketua menteri atau menteri besar bagi negeri-negeri yang diterajui oleh BN?”

Katanya, Nik Ali telah membelakangkan sikap profesional dan berkecuali yang terpakai ke atas kakitangan-kakitangan awam.

“BN pasti akan menerima padah ekoran kakitangan-kakitangan awam yang lain turut memberontak jikalau tiada tindakan tegas diambil terhadap Nik Ali dengan serta-merta,” katanya lagi.

Tiada ulasan: