Saudara Pengarang,
SAYA merupakan isteri polis dan menjadi mangsa keganasan rumahtangga seorang pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom. Saya membuat laporan polis di IPD Keningau (kejadian berlaku di Keningau) kerana tidak tahan lagi dengan tindakannya yang seolah-olah memperlekehkan undang-undang.
Sebagai seorang pegawai polis, suami saya tidakpun berasa bersalah memukul saya malah menganggap perbuatannya itu betul. Perangainya yang ganas itu semakin menjadi-jadi terutama setelah dia mengaku menjalin hubungan dengan perempuan lain yang bertugas di IPD yang sama.
Tindakan dari rakan sekerja dan pegawai atasan pula seolah-olah memihak kepadanya dengan melambat-lambatkan siasatan. Sepatutnya, isu keruntuhan akhlak di kalangan pegawai polis harus dipandang serius dan diberi hukuman yang setimpal supaya memberi pengajaran kepada yang lain.
Saya harap kes ini didedahkan di media kerana pegawai ini memang dilindungi dan seolah-olah kebal daripada tindakan undang-undang. Kalau saya berduit, memang saya sudah menyaman dia, tetapi saya hanya bekerja makan gaji sahaja.
Harap aduan saya mendapat ehsan Sabahkini kerana semua saluran perundingan menemui jalan buntu.
Salam Hormat,
ISTERI POLIS YANG TERSIKSA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan