"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jawatan Tinggi, Tetapi Tidak Pandai Menjawab Soalan

tayadihmaysia
Orang bertanya: Berapakah gaji dan imbuhan yang diterimanya selaku Pengerusi Felda? Dua kali Sivarasa membangkitkan hal ini. Jawapannya:
Beliau berkata kerajaan melantiknya sebagai Pengerusi Felda bukan untuk melayan pihak yang mencari “publisiti murahan”.

“Saya dan ramai kawan lain yang dilantik dalam agensi oleh kerajaan bukanlah tugasnya untuk melayan pihak mencari publisiti murahan.

“Kami ada tugas yang murni (wow!) untuk dilaksanakan,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.
.............
Namun Yusof yang dihubungi The Malaysian Insider menafikan jumlah tersebut dan mengatakan pendapatan tahunannya selaku Pengerusi Felda adalah jauh lebih kecil berbanding jumlah didakwa Sivarasa.

Yusof bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar pendapatan beliau.

Apabila ditanya sama ada bersedia untuk menemui Sivarasa bagi membuktikan segala tuduhan tersebut adalah fitnah Yusof bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Maaf... setakat itu sahaja yang boleh dikatakan.

“Selain itu, sebagai seorang Islam, saya dan semua orang Islam mestilah bencikan fitnah kerana fitnah dikategorikan dalam al-Quran sebagai pembunuh,” kata Yusof lagi.


Frasa "publisiti murahan" bukan jawapannya. Frasa "jauh lebih kecil berbanding jumlah didakwa Sivarasa" juga bukan jawapan yang tepat. Apa jawapannya yang sebenar?

Mengapa Pengerusi Felda yang duduk di dalam pejabat besar, berhawa dingin, menaiki kereta yang disediakan pemandu mahu merahsiakan gaji dan imbuhan yang diterimanya? Dia perlu ingat setiap sen yang diterimanya adalah berkat usaha gigih peneroka yang membanting tulang setiap hari, berjemur, berpanas, berhujan, berhadapan dengan pelbagai binatang berbisa untuk membayar gaji dan imbuhan yang diterimanya setiap tahun!

Bukan setakat 1Malaysia yang hendak tahu, malah setiap peneroka Felda yang memerah keringat berhak mengetahuinya!

Katanya lagi, "Saya dan semua orang Islam mestilah bencikan fitnah...", kalau begitu beritahulah jumlahnya secara jujur supaya tidak timbul fitnah. Lainlah jika jumlah tersebut begitu besar sehingga gerun untuk dinyatakan secara jujur!

www.duniacacamarba.blogspot.com

Tiada ulasan: