"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kontraktor mati dipukul ketika selamatkan kekasih

Seorang kontraktor bangunan mati dipukul ketika cuba menyelamatkan teman wanitanya daripada dicederakan oleh lima lelaki yang dipercayai Ah Long di hadapan Medan Makan Lung Sung, Pasar Borong Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, Tan Boon Tat, 51, dari Kg Kayu Ara, Petaling Jaya mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul dengan kayu.

Ketua Polis Daerah Setul ACP Zakaria Pagan berkata kejadian berlaku semasa Tan bersama teman wanitanya, seorang warga Filipina, baru keluar dari berhibur di sebuah pusat karaoke di kawasan berhampiran, apabila mereka diekori lima lelaki.

Beliau berkata lelaki itu kemudiannya meminta wang yang didakwa dipinjam oleh abang wanita Filipina itu, sebelum mereka mula memukulnya apabila wanita itu menafikan abangnya pernah berhutang dengan mereka.

Zakaria yang dihubungi Bernama berkata Tan kemudiannya masuk campur untuk membantu teman wanitanya, namun dia pula yang menjadi sasaran apabila dipukul dengan kayu, dan selepas Tan rebah, kelima-lima suspek terus melarikan diri dengan sebuah BMW berwarna hitam.

Mayat Tan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan.

-Bernama-

Tiada ulasan: