"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rasuah: 'Anak buah' cabar Ezam berdebat

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 19 Ogos:
Bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak), Senator Ezam Mohd Nor dicabar berdebat oleh bekas ‘anak buahnya', Mohd Nazree Yunus berhubung isu rasuah di Selangor.

Mohd Nazree yang juga bekas Pengerusi Gerak membuat pengumuman demikian tengah hari tadi pada dinding sesawang sosial Facebooknya.

Beliau yang juga anggota AMK Nasional ketika dihubungi kemudiaan berkata, cadangan tersebut ekoran Mohd Ezam melemparkan pelbagai dakwaan yang mengelirukan sepanjang aktiviti kempen Selamatkan Selangor belakangan ini.

"Terlalu banyak dakwaan beliau yang mengelirukan, saya cadang perdebatan isu pasir dan penyelewengan dalam kerajaan negeri Selangor, tetapi kalau beliau bersedia dialog secara fakta pun saya sedia," ujarnya.

Ujarnya, surat jemputan debat dan dialog akan dihantar kepada Mohd Ezam dalam masa terdekat supaya rancangan tersebut boleh diadakan selepas hari raya puasa, iaitu sekitar Oktober depan.

Difahamkan, Mohd Nazri turut bercadang mendedahkan beberapa aktiviti tidak wajar Mohd Ezam sebelum 'bos'nya itu menyeberang ke kem Umno Barisan Nasional di samping mendedahkan fakta sebenar berhubung isu curi pasir dan pentadbiran kerajaan Selangor.

Sementara itu, Ezam pada petang ini dijangka turut diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) oleh seorang lagi 'anak buah'nya atas tuduhan membuat dakwaan palsu atau qazaf ke atas bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua AMK, Samsul Iskandar Md Akin bertindak demikian gara-gara Ezam yang juga bekas Ketua AMK Nasional menggunakan sesawang sosial Twitter dengan mendakwa Anwar sebagai pelaku liwat.

Ezam dijangka menyambut kedua-dua cabaran ini memandangkan masing-masing adalah bekas anak buahnya sahaja.

Tiada ulasan: