WFAUZDIN NS
Nampaknya mereka amat takut dan bimbang dengan akhbar Suara Keadilan dan kita memahami mengapa jadi begitu.
Pendedahan demi pendedahan yang penuh dengan fakta tentang salahguna dan penyelewengan pemerintah oleh Suara Keadilan begitu membimbangkan mereka
Meskipun ada ketikanya Suara Keadilan terkhilaf di dalam beberapa laporannya, namun sikap Suara Keadilan yang tidak malu dan segan memohon maaf menunjukkan akhbar ini bersikap profesional.
Sikap ini jauh sekali jika dibandingkan dengan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia atau Berita Harian.
Oleh itu, mengapa Suara Keadilan mahu disekat sedemikian rupa?
Selagi mereka menyekat akhbar yang semakin laris ini, jelas membuktikan betapa ada banyak penyelewengan oleh pemerintah yang mahu disembunyikan dari pengetahuan umum.
Suara Keadilan dilihat amat berani di dalam hal ini. Syabas buat Suara Keadilan yang terus mencari alternatif lain selama akhbar ini digantung tidak bertali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan