"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Masjid Tuan Guru Tanjung Tokong tolak kehadiran CM

pemudabbendera

Pada tahun sebelum ini di bulan Ramadhan Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng kerap berkunjung merata-rata masjid di seluruh Pulau Pinang.Pada Bulan Ramadhan pada tahun ini YAB.Lim Guan Eng berhasrat untuk berkunjung ke Masjid Tuan Guru Tanjung Tokong pada 20 Ogos Jumaat bertemu pengurusan masjid seterusnya majlis berbuka puasa bersama rakyat di sekitar Tanjung Tokong.

Apa yang terjadi pihak pengurusan Masjid Tuan Guru Tanjung Tokong menolak kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang ke masjid dengan memberi berbagai-bagai alasan oleh pihak pengurusan masjid.

Sekali lagi peristiwa Masjid Terapung Tanjung Bungah pada tahun 2008 memberi peringatan usaha menolak kehadiran Ketua Menteri ke masjid adalah salah satu agenda perancangan UMNO Bukit Bendera.

Tiada ulasan: