"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahkamah jadi kedai tuak dan hakim mabuk

Afrar Yunus

Faktor apakah yang menyebabkan orang ramai semakin terhakis keyakinan mereka pada mahkamah dan hakim-hakim.Tidak kira hakim peringkat kampung yang membicarakan kes kecurian ayam atau hakim yang mendengar dan membuat keputusan kes lebih besar yang melibatkan kepimpinan negara.

Tidak kira di mana-mana negarapun, apabila mahkamahnya sudah menjadi seperti kedai tuak dan hakim-hakimnya berperangai dan bertindak seperti orang mabuk, maka masa hadapan warganya, negaranya dan kedaulatan mereka akan hancur

Hari ini keputusan lain, besok mendengarkan keputusan lain biarpun fakta kesnya hampir sama.

Terlepas di dunia bukan bermakna bebas untuk selama-lamanya.

Jika di negara Cina penjawat awamnya termasuk hakim-hakim yang didapati menyeleweng atau mengkhianati, kerajaan akan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

Banyak negara mengaku Islam dan demokrasi, tetapi amalan pentadbiran awam mereka jauh tersangat buruk berbanding beberapa negara di dunia dalam hal seperti ini yang mendaulatkan undang-undang sebagai pengawal aktiviti negara dan masyarakatnya.

Apa yang boleh diharapkan dari mereka yang mabuk pada hari ini lalu mendengarkan tentang keadilan dan esok memberitahu tentang keindahan melacur prinsip keadilan itu sebagai matlamat utama tidak kira di atas faktor tidak waras, kurang ilmu, tekanan atau desakan.

Pemabuk-pemabuk yang diamanahkan untuk mengadili sesama manusia lalu bertindak sewenang-wenangnya dengan kuasa dan kedudukan yang ada pada mereka mengabaikan amanah dan tanggungjawab dikira sama taraf atau lebih hina dari binatang.

http://alkerohi.blogspot.com/

Tiada ulasan: