"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Duit Raya' jadi lahh...sikit pun !

cucupakkasim
Jadi lahh...sikit pun, sekurang-kurangnya Guan Eng ingat juga dekat kami.." kata seorang gurkah politik di'port' yang merupakan spy dan hantu yang sering memberitahu gurkah-gurkah politik di'port' akan pergerakan-pergerakan orang-orang umno di pejabat-pejabat kerajaan di KOMTAR.
Nampaknya kakitangan awam di-negeri kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang,

tidak memerlukan pertolongan 'union' mereka, untuk mendesak kerajaan negeri, sepertimana Omar Osman yang sedang memujuk najib untuk mendapatkan gaji awal bagi kakitangan kerajaan untuk menyambut hari raya nanti.

Kakitangan di-perkhidmatan awam di negeri ini telah menunjukan kemajuan yang memberangsangkan sejak dua tahun lepas dan juga telah membuat banyak pencapaian biarpun didiskriminasikan dengan peruntukan dari pusat yang telah banyak sangat yang dikurangkan.

Sehubungan dengan itu, Lim Guan Eng telah membuat pengumuman kelmarin kepada 3,577 kakitangan awam di negeri kerajaan Pakatan Rakyat ini yang, sebagai mengenang jasa-jasa kakitangan awam yang telah banyak membantu beliau, Mansor dan lain-lain serta kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, beliau akan menghadiahkan buah tangan yang
berbentuk 'duit raya' sebanyak RM400 seorang, kepada mereka semua satu minggu sebelum menjelangnya sambutan hari raya.

Dan dengan 'duit raya' yang tak seberapa ini, Guan Eng berharap yang kakitangan awam disini dapat menyambut hari raya dengan rasa gembira dan berharap yang kakitangan awam ini juga akan dapat menjadikanya sebagai satu motivasi diri bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik lagi untuk rakyat-rakyat negeri ini.

Walaupun kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang ini begitu bermurah hati, barang diingat yang mereka juga serius dan tidak akan bertolak ansur dengan kakitangan-kakitangan yang berhasrat untuk menyalahgunakan kuasa yang mereka ada dan bertindak sepertimana negeri ini kepunyaan 'pak tiri laki mak depa' punya dengan mengenepikan hak rakyat.

dari blog:
http://dollahyankee.blogspot.com

dollah yankee -
Syokkk laa depa ...

Tiada ulasan: