Asaalamualaikum, Hubungan drama liwat dan personaliti yang semakin terkenal sebagai "Lone Ranjer" 1Malaysia,RPK nampaknya semakin erat.DSAI kelihatan seperti sengaja melengah lengah kes ini dan RPK menjadi dalang yang telah berjaya menghuru harakan perbicaraan, dengan pendedahan pendedahan yang berturutan di blognya.Apa yang menarik ialah beberapa pendedahan terbaru RPK menyebabkan mahkamah dan pasukan pendakwaan semakin kaku dan kelu,
sedangkan apa yang dilakukan oleh RPK hanyalah menulis di blognya dari tempat persembunyian lone ranjernya.Logiknya, apa pentingnya tulisan blog dari seorang blogger yang melarikan diri dari dibicarakan di tanah air sendiri.Kenapa tulisannya semacam menimbulkan satu rasa gerun kepada orang orang tertentu dan kenapa semua dakwaan dalam tulisan terbarunya seolah diiyakan oleh orang orang yang terlibat?
Pertama, pendedahan mengenai hubungan Saiful dan seorang peguam dari pasukan pendakwaan yang tidak terus dinafikan secara rasmi oleh peguam negara atau pasukan pendakwa sebaliknya peguam terbabit digugurkan dari pasukan pendakwaan.Bukankah ini pelik?Pelik kerana peguam terbabit digugurkan hanya kerana satu tulisan dari blog seorang pengecut.Kalau tidak ada kebenaran atau bukti bukti hubungan kenapa perlu peguam terbabit digugurkan?Bukan terdapat berlambak bog blog yang melapurkan berbagai bagai cerita mengenai drama liwat ini terutama yang melibatkan perlakuan atau kegemaran homosek DSAI dan trauma yang dialami Saiful?Kenapa tidak ada satupun cerita cerita blog yang berlambak ini memberi kesan kepada perbicaraan kes dan tiba tiba apabila keluar cerita hubungan sulit antara Saiful dan peguam terbabit di blog RPK, plot drama perbicaraan diubah lagi?
Kini muncul pula kisah AC DCyang membabitkan pembantu khas PM dan Saiful dan kisah cinta Ghani patail dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad.Pemerhati menyifatkan kisah kisah baru yang diceritakan oleh RPK di blognya sebagai bom yang dilontarkan yang akan menggegarkan badan kehakiman negara.Selain itu PRK turut menyentuh mengenai pernikahan ketua hakim negara di Thai yang dikatakan tidak sah serta mendakwa ketua hakim menghapuskan bukti bagi mengelakkannya dibicarakan.
Sehingga kini, kita belum mendengar kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pihak yang didakwa atau oleh kerajaan Malaysia yang menafikan semua cerita blog RPK dan sudah tentu perkembangan ini menimbulkan tanda tanya.Walaupun RPK cuba dilebelkan sebagai pengkianat, pengecut dan semua ungkapan yang sewaktunya, tetapi yang jelas, RPK terus dengan yakin melemparkan tuduhan tuduhan yang berat kepada orang orang tertentu yang bersengkongkol dalam pembikinan drama liwat II, dan ada kemungkinan tuduhan RPK akan menjadi lebih serius selepas ini.Kerana tidak ada penafian rasmi yang dibuat oleh pihak yang dituduh RPK, wajar dan munasabah untuk menyimpulkan bahawa dakwaan RPK ada asasnya walaupun masih belum jelas sejauhmana asasnya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan