Angkasanuri
Kebelakangan ini kita dapat melihat Umno begitu bersungguh-sungguh memainkan isu perkauman di kalangan rakyat di negara ini. Adakah ini hasil nasihat Apco Worlwide perunding Yahudi yang dibayar oleh Umno-BN?
Apa yang berlaku menunjukkan Umno cukup sesak dan terdesak dengan kemerosotan sokongan rakyat di negara ini khususnya daripada masyarakat Cina yang kini semakin menjauhkan diri dari Umno. Pemimpin Umno kini dilihat tidak berupaya untuk menerajui BN yang dikatakan menjadi punca penolakan majoriti rakyat dalam pilihanraya umum lalu
Malah berdasarkan beberapa analisis dan andaian sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat semakin melonjak dan begitu memberansangkan.
Dalam setiap aktiviti dan program sokongan masyarakat Cina khususnya kepada Pas dan PKR begitu meyakinkan. Semua ini menyebabkan pemimpin Umno kini tidak tidur lena kerana dibuai mimpi ngeri nasib mereka menjelang pilihanraya umum ke 13.
Umno tidak ada cara lain selain terpaksa berpaut dan bergantung kepada orang Melayu agar terus kekal berkuasa. Butang kecemasan semangat perkauman terpaksa ditekan agar wujud kebencian kaum di negara ini.
Taktik keji dan jijik ini menjadikan Umno parti yang kini kembali ke zaman batu. Ketika Pas terbuka kepada semua kaum, PKR dikenali parti berbilang kaum serta DAP yang lebih menghormati sensitiviti kaum, Umno terkebelakang dengan cuba menunjukkan lagak sebagai jaguh membela orang Melayu.
Mungkin era zaman batu atau 1960-an hingga 1980-an taktik ini akan berjaya. Tetapi sekarang zaman ICT, dunia tanpa sempadan dan dasar langit terbuka rakyat mendapat maklumat di hujung jari. Taktik Umno bakal menikam diri. Mungkin mereka berjaya di kawasan pengundi tradisonal di hulu, solok dan kampung tetapi tidak kepada masyarakat bandar dan kota yang semakin matang dan cerdik untuk menilai segala muslihat dan tipu daya Umno. Cukuplah lebih setengah dekad Umno menipu dan membodohkan rakyat di negara ini.
Saya begitu kagum dengan kematangan pimpinan Pakatan Rakyat yang tidak melenting dan melatah serta begitu tenang dan bijak menangani situasi ini. Saya berharap ketenangan dan kebijaksanaan menangani isu ini turut dicontohi oleh semua pimpinan bawahan dan penyokong agar tidak terperangkap dengan segala propaganda dan provokasi melampau yang dilakukan oleh pimpinan Umno yang bermain wayang dengan pemimpin MCA.
http://angkasanuri.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan