"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cuba-cuba "Cover"

adiib
Tuan Guru Nik Aziz suruh, sebut zina bagi mengatakan seks bebas. Jangan popularkan seks bebas nanti perbuatan keji itu akan nampak biasa di kalangan masyarakat. Walhal perbuatan zina ini adalah jijik dan merupakan salah satu dosa besar. Hukumannya di dalam hudud amat berat. Namun media-media kita sekarang tak gunakan istilah zina, begitu juga pemimpin negara. Lebih senang gunakan seks bebas.

Ini menjadi punca kebejatan sosial yang meluas. Remaja seolah-olah buat tak kisah dengan zina kerana lunaknya istilah seks bebas. Seolah-olah tak jadi hal. Kerajaan BN seolah-olah nak cover perlakuan zina yang berlaku hari-hari, tutup malu kegagalan mereka mendidik remaja sekarang.

Begitu juga kerajaan Bn nak cover rasuah. Mereka tahu rasuah tu jijik. Tak kiralah di dalam pemilihan pimpinan parti mereka atau Pilihan Raya Kecil ke, Pilihanraya Umum ke? Rasuah jijik, berdosa. Mereka cover dengan istilah politik wang. Politik wang nampak ringan sikit. Jadi kalau buat perkara politik wang ni, agaknya tak bersabitlah dengan dosa-dosa seperti rasuah. SPRM pun tak bolehlah nak siasat sebab politik wang bukan rasuah.

Ketiga, istilah pelarasan harga subsidi. Yang ni nak cover Harga Barang Naik. Kalau rakyat tahu, fikir kerajaan Bn, rakyat akan marah dan memprotes. Jadi mereka arahkan semua media arus perdana jangan kata HARGA BARANG NAIK TAPI KATA PELARASAN HARGA SUBSIDI. Ewah!Ewah! Ingat rakyat kita ni bongok sangat macam wartawan-wartawan pencacai. Walhal rakyat semua dah tahu dah. Bn, barang naik kata rakyat.

Akhir sekali, cerita nak cover perpecahan dalaman parti mereka pula. Jika parti mereka sendiri atau parti komponen-komponen Bn mereka berkelahi sakan. Baling kerusi di dalam mesyuarat, tarik-menarik, kata mencemuh dan ada sampai bertumbuk, itu dikatakan Proses Mematangkan Parti. Jika berlaku kepada PR(tak pernah berlaku pun), baru riak-riak itu dikatakan Perpecahan, retak menanti belah. Inilah kerja Bn, cover memanjang.

Walhal, kata atau istilah cover itu adalah penyelesaian jangka pendek. Mengapa sekiranya Bn benar-benar mahu berubah tak mahu mengaku kesalahan dan kegagalan mereka. Kut-kut rakyat masih mahu pertimbangankan keikhlasan mereka. Ini tidak, dengan tindakan cover itulah akan membuat rakyat jauh, semakin jauh dari mereka.

Tiada ulasan: