"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

1,240 ahli BN masuk PKR

Jeff1Luke Rintod

KOTA MARUDU: Lima cawangan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tandek di Kota Marudu dipercayai telah dimansuhkan atau bakal berkubur.

Kerugian PBS bererti kemenangan buat PKR kerana majoriti ahli parti itu keluar beramai-ramai untuk menyertai pembangkang hujung minggu ini.

Kelima-lima cawangan itu ialah Talamason, Pangapuyan, Paka, Mogis dan Pompodon.

Tandek kini diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri wanita PBS Anita Baranting, seorang yang rapat dengan Ahli Parlimen Kota Marudu dan Timbalan Presiden Maximus Ongkili.

Orang kuat PKR Jeffrey Kitingan mengalu-alukan seramai 1,240 ahli meninggalkan Barisan Nasional, majoriti datang dari PBS, berkata tindakan berani mereka menyaksikan berlakunya "tsunami" dengan menolak pemimpin-pemimpin mereka yang degil.

"Tindakan mereka menandakan bahawa mereka sangat kecewa dalam memberi sokongan pemimpin-pemimpin BN yang tidak membawa hasil kerana gagal menyelesaikan masalah tanah, menyediakan prasarana yang lebih baik dan peluang-peluang yang lebih baik, katanya ketika menerima borang permohonan yang disaksikan oleh Ketua PKR Kota Marudu, Anthony Mandiau.

"Rakyat menimbulkan tiga isu, di mana Maximus kini membawanya kepada pengetahuan BN. Isu-isu ini alah masalah tanah, pendatang tanpa izin dan perkongsian kuasa yang tidak adil. Mereka bertanya bagaimana PKR dapat menanggani perkara-perkara ini jika berkuasa kelak.

"Mengenai tanah, kenapa Maximus meminta kerajaan dan Ketua Menteri Taib Mahmud untuk menangani isu ini? Bukankah beliau berada dalam kerajaan. Jika kamu berada dalam kerajaan, macam mana kamu tidak dapat selesaikan masalah ini? Jadi, siapa sebenarnya kerajaan?

"Adakah mereka merujuk kepada Umno? Jika benar, apa yang mereka buat di sana? Lebih baik mereka keluar BN jika mereka gagal menyelesaikan masalah ini?" soal Jeffrey.

Menurut beliau, kerajaan tidak telus dan BN hanya wujud pada nama, dengan komponen-komponen parti yang lain dibuli oleh Umno.

Beliau berkata komponen-komponen parti dalam BN semakin hilang kuasa, Umno menjadi bertambah angkuh sehingga para pemimpinnya mahu merebut kerusi yang diperuntukkan kepada komponen-komponen parti yang lain.

"Nampaknya keadaan kita lebih buruk dari semasa awal kemerdekaan Sabah….. tidak ada "tuan". Sekarang ini ada "tuan" dalam bentuk Umno sebagai tuan penjajah yang baru," katanya. "BN menghancurkan negara"

Jeffrey, yang juga mengetuai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkata, PBS dan Upko tidak dapat menyelesaikan masalah yang tertunggak di Sabah, termasuk isu perebutan tanah. Ini menunjukkan kerajaan dewasa ini tidak lagi menghormati hak-hak peribumi," tambah beliau. Baca selanjutnya di sini

Tiada ulasan: