"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Calon DUN Galas: Orang Asli vs Ku Li?

KUALA TERENGGANU 9 OKT: PAS mengulangi kenyataan betapa parti itu tidak menolak kemungkinan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas adalah dari kalangan masyarakat Orang Asli.

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyatakan kemungkinan itu jika Umno meletakkan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi merebut kerusi DUN itu.

Mohamad Nizar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas berkata demikian pada majlis dialog di sini malam tadi yang turut dihadiri Anggota Jawatankuasa Pas Pusat Mohamad Sabu dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Daripada keseluruhan 11,000 pengundi di DUN Galas, lebih 1,700 daripadanya adalah Orang Asli.

Sementara itu, Lim kesal dengan tuduhan bahawa DAP anti Islam yang dilemparkan dalam satu ceramah anjuran sebuah bahagian Umno baru-baru ini.

Sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah, Lim berkata "Islam merupakan agama rasmi negara ini dan kalau DAP anti Islam sudah lama (pemimpin DAP) dipenjarakan.
-Bernama-

Tiada ulasan: