"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenaikan harga rokok bukti kerajaan sudah mahu lingkup

antihadhari92
Semasa kerajaan Persekutuan Barisan Nasional mahu memperkenalkan Cukai Barangan,GST mereka digasak habis-habisan sehingga ditarik balik cadangannya.Kemudian,timbul pula soal "Judi Halal" fatwa Imam Khalifah Agung.

Itupun ditarik balik.Selepas itu,timbul pula isu saman ekor. Kerana didesak teruk oleh rakyat, saman ini akhirnya dikaji semula. Berdasarkan tiga situasi di atas,penulis rungkaikan mereka sebagai satu maksud. Betapa kerajaan Malaysia kini sedang terdesak untuk mencari sumber kewangan negara yang kian menipis

Seperti yang dilaporkan Pemandu di bawah Idris Jala baru-baru ini,kerajaan Malaysia bakal muflis 9 tahun lagi sekiranya subsidi tidak distruktur kembali.Seterusnya,timbul pula soal Felda yang hampir muflis juga mewarnai senario politik negara baru-baru ini.Malah,indeks FDI Malaysia juga mulai merudum sehingga hanya mampu mengutip pelaburan AS$1.38 bilion dan ditinggalkan kebanyakan negara utama Asean.Perlu diingatkan juga,untuk tempoh beberapa tahun mendatang,hasil Petroleum negara akan mulai menyusut dan ketika itulah krisis sebenar ekonomi negara akan berlaku setelah kebergantungan kepada Petronas mulai mengecil.Begitulah serba sedikit gambaran ekonomi Malaysia yang agak membimbangkan pada waktu ini.

Setelah kerajaan gagal dalam usaha mereka "mengepow" rakyat sebelum ini,maka timbul pula soal kenaikan harga rokok.Strategi ini pastinya berjaya kerana tiada pihak yang akan membantah memandangkan ianya berkait soal kesihatan.Kenaikan cukai rokok ini akhirnya sedikit berjaya menambahkan kantung kewangan negara sekarang.Penulis bukan seorang perokok.Tetapi tindakan membuli perokok seperti ini adalah tidak patut.Sepanjang tempoh beberapa tahun sahaja,harga rokok naik dalam jumlah yang kerap.

Bagi mewajarkan tindakan kerajaan menaikkan harga rokok,maka akan keluarlah Menteri Kesihatan berfatwa mengenai bahaya rokok.Tindakan kerajaan ini mampu mengurangkan bilangan remaja terlibat dengan rokok sama seperti ketika kerajaan bertindak mengharamkan rokok 14 batang.Memang benar merokok itu tidak elok untuk kesihatan,namun yang silap ialah tindakan kerajaan tersebut.Kerajaan dilihat membuli para perokok.Sedangkan,tindakan memahalkan harga "rokok halal" hanya akan meramaikan lagi perokok yang menghisap rokok seludup yang lebih murah.

Tindakan jahat kerajaan ini juga sebenarnya tidak direstui oleh para pembekal rokok di Malaysia.Kenaikan cukai eksais langsung tidak membawa keuntungan pada mereka sebaliknya mendedahkan risiko kehilangan pelanggan.Sekiranya dulu perokok membeli rokok sekotak sehari mungkin selepas ini tidak lagi.Memang pada dasarnya bagus,namun adakah jaminan yang mereka akan berhenti merokok?Bagi penulis,kerajaan perlu mengeluarkan laporan daripada kempen bertahun-tahun Tak Nak merokok.Kita perlu tahu berapa ramaikah yang berhenti merokok kesan dari meletakkan gambar gusi dan paru-paru di atas kotak rokok.Kita juga perlu jaminan berapakah statistik remaja yang berhenti merokok kesan pengharaman rokok 14 batang.Dan ini semua perlu pencerahan.

Pengarah Urusan BAT Malaysia William Toh berkata, pihaknya kecewa kerana peningkatan eksais itu menyebabkan penyeludupan rokok yang sudah sedia ada akan bermaharajalela dalam pasaran."Lebih besar perbezaan harga antara rokok sah dan seludup, lebih besarlah minat terhadap rokok seludup," katanya sambil mendakwa telah menegaskan perkara itu banyak kali sebelum ini.
Apapun,penulis kesal atas tindakan kerajaan mengambil tindakan menangguk di air yang keruh demi untuk menambahkan kantung yang tiris saban tahun.Apapun,penulis tertanya-tanya,mengapakah para Menteri tidak memulangkan semula duit gaji mereka sedangkan wang mereka mungkin dibayar menggunakan cukai rokok,arak dan judi.Seterusnya,penulis ingin mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja selepas ini menyaksikan cukai apakah pula yang akan dinaikkan selepas ini.Mungkin cukai arak,judi,makanan segera,disko,pub dan rumah urut akan dikenakan lebih tinggi memandangkan tiada mana-mana parti politik atau NGO yang akan menghalang tindakan tersebut.Sesungguhnya kerajaan telah menangguk di air keruh dan patutlah kempen anti rokok tidak pernah berjaya kerana mereka disumpah oleh para perokok yang hilang wang mereka akibat cukai melampau.Mungkin rokok bakal menjadi satu bahan yang ekslusif selepas ini.

Tidak merokok,
tapi tidak bersetuju.

lain-lain artikel semasa di  http://propartiislammalaysia.blogspot.com/

Tiada ulasan: