Warta Rakyat
SEGAMAT, 1 Feb: Keadaan banjir di Segamat semakin pulih apabila hujan mulai reda hari ini. Hingga kini hanya beberapa jalan yg masih tidak boleh dilalui.
Semalam hampir seluruh bandar Segamat digenangi air dan mendapat fokus semua pihak apabila ramai wartawan dan jurugambar memenuhi daerah ini sempena pilihan raya kecil Tenang.
Jalan keretapi rosak teruk dan tak boleh dilalui namun sehingga pagi ini keadaan semakin pulih.
Adalah dijangkakan keadaan akan pulih menjelang petang ini sekiranya hujan lebat tidak turun lagi.
Menurut sumber kerugian jutaan ringgit berlaku di Segamat kerana keseluruhan bandar ditengelami air sehingga paras lima ke 10 kaki.
Pada pagi ni para penduduk Segamat sibuk mengemaskan kesan kotoran akibat banjir yang berlaku.
Beberapa kenderaan masih tersadai dan masuk dalam longkang besar akibat arus deras serta air yang dalam.
Penduduk Segamat menyatakan banjir kali ni lebih buruk dari tahun 2006.
Sementara itu, Angkatan Tentera Malaysia bertungkus lumus membina jambatan besi sejak tengah malam tadi bagi menghubungkan Segamat Kecil iaitu penempatan Orang Asli serta peneroka Felda Redong dengan pekan Labis dan Tenang.
Menurut Tamingin bin Paimin, peneroka asal Felda Redong (pengasas Anak di Labis) jambatan tersebut telah runtuh kali ketiga.
Pada tahun 2006 jambatan tersebut runtuh dua kali dan banjir kali ni lebih besar menyebabkan jambatan tersebut runtuh kali ke tiga yang menyukarkan kira-kira 1200 penduduk.
Sehingga pagi ini, dua kematian dilaporkan di Segamat dan tiga lagi di Chaah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan