"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis Tampar Wanita: MP Segambut Tak Puas Hati Siasatan Polis


SEGAMBUT, 3 FEB: Susulan kes seorang wanita hamil mendakwa ditampar dan dirompak anggota polis berpakaian preman di premisnya Isnin lalu, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng hari ini meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap siasatan yang dijalankan IPD Petaling Jaya berhubung kes tersebut.

Bercakap kepada Tv Selangor melalui telefon, Lim membidas  kenyataan yang dikeluarkan, pihak polis mencabar wanita terbabit untuk mengemukakan bukti jika benar dirinya dikasari dan wangnya diambil.

Justeru, beliau mendesak supaya kes ini segera dipindah ke IPK Selangor untuk siasatan lanjut.

“Saya nak mendesak OCPD supaya meminda semua siasatan kepada IPK Selangor sebab kami terutamanya mangsa sudah hilang kepercayaan kepada IPD PJ,” katanya.

Tambah Lim, tindakan polis yang menggari tangan wanita berkenaan ketika ditahan dianggap tidak wajar sama sekali ekoran wanita tersebut sedang hamil lapan bulan.

Isnin lalu, seorang wanita mendakwa dirinya dikasari dan dirompak anggota polis berpakaian preman yang didakwa memecah masuk ke kedainya di Sungai Buloh sebelum bertindak menangkapnya.

Mangsa, Chow Soo Meng, 36, turut mendakwa anggota polis berkenaan turut mencuri sejumlah wang kira-kira RM20,000 selain merampas 30 kad sim telefon bimbit dan memindahkan kamera TV litar tertutup dari kedainya.

Chow dikatakan telah digari tangannya sebelum dibawa ke balai polis Damansara Utama untuk disoal siasat. Dia diminta hadir semula ke pejabat Jabatan Kastam di Kelana Jaya pada 2 Mac.
-tvsnews-

Tiada ulasan: