"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mesir: Hosni rela mati di Mesir daripada hidup dalam buangan

KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak menegaskan bahawa beliau sanggup mati di tanah air sendiri daripada hidup dalam buangan di luar negara.

Dalam ucapannya yang disiarkan televisyen Mesir kelmarin ketika lebih sejuta penunjuk perasaan berkumpul di sini, Hosni turut menyatakan bahawa beliau akan berundur hanya apabila penggalnya tamat pada September depan.

Kedegilannya itu mencetuskan kemarahan para penunjuk perasaan yang menuntut beliau berundur sekarang sekali gus menamatkan pemerintahan kuku besinya selama 30 tahun di Mesir.

Menurut presiden berusia 82 tahun itu, beliau tidak akan bertanding untuk penggal kedua apabila penggalnya tamat pada September depan.

“Saya akan terus bekerja sepanjang baki penggal saya untuk memastikan pertukaran kuasa berlaku secara aman,” katanya.

Kepada para penunjuk perasaan yang mahu beliau meninggalkan Mesir, Hosni memberitahu: “Ini adalah negara saya dan saya akan mati di sini.”

Ucapan selama 10 minit itu dibuat semasa lebih sejuta orang berhimpun di Kaherah, Iskandariah dan Suez bagi menuntut peletakan jawatannya.
-kosmo-

Tiada ulasan: