"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lima warga emas terbunuh dalam serangan di kedai kopi di Pattani

BANGKOK: Letupan kuat yang pada mulanya disangka bunyi mercun sempena sambutan Tahun Baru Cina hari ini akhirnya ternyata adalah bunyi tembakan senjata api yang meragut nyawa lima warga emas dan mencederakan dua yang lain di sebuah kedai kopi di Pattani kira-kira jam 6.30 pagi ini.

Ketua Polis, Panaret Kol Wallop Jamnong-asa berkata, kejadian belaku apabila sekumpulan lelaki yang menaiki trak pikup melepaskan tembakan ke arah mangsa yang sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kedai di Kampung Kok Krabue, di Daerah Panaret.

Katanya mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita. 
-Bernama-

Tiada ulasan: