"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis Zalim: Kerajaan Malaysia Pro-Mubarak (Yahudi APCO)

Shamsul Iskandar


1. Berprinsip bahawa demokrasi itu perlu dipertahankan.


2. Berprinsip bahawa rakyat punya hak dan kebebasan untuk berhimpun.


3. Menyedari bahawa rejim yang zalim itu harus ditumbangkan.


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia pada hari ini menyatakan kekecewaan terhadap tindakan yang diambil oleh pihak polis dalam Perhimpunan Anti-Mubarak, yang berarak daripada Masjid KLCC ke Kedutaan Amerika.


AMK Malaysia merasakan bahawa penahanan 7 orang demonstran anti-Mubarak adalah tidak professional.


Kekasaran dan penahanan ini memperlihatkan bahawa kerajaan kita pada hari ini mengambil pendirian Pro-Mubarak. Sikap tidak professional ini juga membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat di Mesir


Oleh yang sedemikian, AMK Malaysia berpendirian bahawa;


1. Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Malaysia khususnya pihak polis dalam demonstrasi Anti-Mubarak.


2. Kerajaan sama sekali tidak menghormati hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyatakan sokongan kepada rakyat Mesir.


3. Mendesak Ketua Polis Negara untuk menyiasat pihak polis yang bertindak secara tidak professional dengan menggunakan kekerasan sebagaimana yang telah berlaku.


4. Membebaskan dengan segera 7 demonstran yang ditahan dengan cara yang zalim petang tadi.


Sekian, terima kasih.


Shamsul Iskandar Mohd Akin,
Ketua AMK Malaysia.

Tiada ulasan: