"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adun PKR Selangor Shuhaimi hadapi tuduhan hasutan Isnin


Shuhaimi Shafiei (dua dari kanan) tiba di pekarangan ibu pejabat polis daerah Shah Alam untuk memberi keterangan berhubung satu entri blognya yang didakwa menghina Sultan Selangor dengan diiringi Shamsul Iskandar Mohd Akin (kanan), 12 Januari lalu.
KUALA LUMPUR, 3 Feb: Adun Sri Muda Shuhaimi Shafie dari PKR akan dikenakan tuduhan hasutan Isnin ini ekoran kenyataan beliau berhubung kemelut pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor baru-baru ini.
Shuhaimi memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau ditahan oleh polis hari ini dan dimaklumkan akan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan minggu depan.

“Saya tidak pasti mengenai skop sebenar tuduhan ke atas saya, tetapi saya percaya ia ada kaitan dengan tulisan saya dalam blog mengenai isu setiausaha kerajaan negeri,” kata beliau ketika dihubungi.

Menurut wakil rakyat itu, pihak polis ada menghubunginya dan meminta agar datang ke ibu pejabat polis daerah Shah Alam semalam.

Bagaimanapun beliau tidak bertemu dengan polis semalam sebab ada ceramah malam tadi.

Beliau telah memberi keterangan kepada polis kali pertama pada 12 Januari lalu.

Dia dibebaskan dengan jaminan mulut.

“Saya ditahan di luar ibu pejabat polis (hari ini),” kata beliau merujuk kepada ibu pejabat polis daerah di Seksyen Shah Alam.

Katanya, biro politik PKR yang diketuai Latheefa Koya akan menguruskan kes beliau.

Selain Latheefa, Shuhaimi juga dijangka akan diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: