"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II: Karpal bentang hujah balas tolak permohonan serah DNA


KUALA LUMPUR: Perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini kecoh apabila sekumpulan penyokong KEADILAN yang mahu mengikuti perbicaraan Fitnah II hari ini dihalang memasuki mahkamah.
Mereka yang tiba seawal jam 8.00 pagi tadi itu disekat oleh sembilan anggota
polis preman yang berkawal di segenap  penjuru mahkamah.

Dipercayai mereka dihalang kerana berpakaian rasmi parti. Bagaimanapun mereka akhirnya dibenar memasuki mahkamah selepas pertengkaran mulut berlaku 30 minit sebelum itu.
Perbicaraan Fitnah II bersambung semula hari ini selepas ditangguhkan Selasa
lepas berikutan kematian adik ketua pasukan peguam bela, Karpal Singh.

Pada minggu lepas, pendakwa raya membentangkan permohonan mereka supaya mahkamah menyemak semula keputusan penolakan tiga barang bukti yang diperoleh secara tipu helah daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendakwa raya turut memohon agar mahkamah mengarahkan Ketua Umum KEADILAN itu menyerahkan sampel DNA seandainya permohonan pertama mereka tidak diterima mahkamah.
Karpal dijangka membentangkan hujah balas bagi menolak permohonan semakan serta permohonan DNA Anwar yang diminta pendakwa raya hari ini.
Berikut adalah lintas langsung dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur:
8.30am – Anggota polis kelihatan mengawal segenap penjuru mahkamah dan menyaring mereka yang datang di pintu masuk. Mereka yang memakai baju dengan lambang KEADILAN dan berserban dilarang masuk.
8.38am – Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail tiba di
perkarangan mahkamah.

8.42am – Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad tiba di perkarangan mahkamah.
8.50am – Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Badrul Amin Bahrom tiba di perkarangan mahkamah.
8.51am – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di perkarangan
mahkamah.

8.52am – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menunggu menaiki lif di
perkarangan mahkamah.

8.53am – Antara yang turut kelihatan dari awal pagi adalah Ketua Srikandi
KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.

9.04am – Anwar kelihatan seperti merbincangkan sesuatu dengan Saifuddin, Azan dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
9.06am – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng tiba di
mahkamah. Galeri awam mahkamah sudah dipenuhi lebih daripada 70 orang awam.

Tiada ulasan: