"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gadis jadi mangsa dua lelaki

KUALA TERENGGANU: Perkenalan yang membawa padah! Disebabkan terlalu percaya kepada lelaki yang baru dikenali, seorang gadis yang berusia 14 tahun akhirnya tersungkur setelah dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Mohd Ishak berkata, kejadian tersebut berlaku pada 31 Mac lalu, kira-kira jam lapan pagi di sebuah kampung di Gong Badak, Kuala Terengganu. 

Menurutnya, mengikut siasatan awal, mangsa bersama adiknya yang berusia dua tahun pada awalnya ingin ke kedai berhampiran dengan kediamannya. 

Bagaimanapun, apabila sampai di kedai tersebut, mangsa telah berjumpa dan berkenalan dengan dua orang lelaki yang berusia antara 14 ke 15 tahun, yang kemudiannya mengajak mangsa keluar berjalan-jalan. 

“Mangsa dan adiknya dikatakan mengikut kedua-dua lelaki itu ke sebuah rumah kosong malangnya, dua lelaki itu kemudian bertindak nekad merogol mangsa. 

“Berikutan itu, polis telah menanggkap dua lelaki berkenaan di kediaman masing-masing pada 1 April lalu, kira-kira jam enam petang. Mereka kini direman sehingga 5 April ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam. 

Bagaimanapun kata beliau, polis kini masih lagi meneruskan siasatan ke atas kes rogol berkenaan.

-sinarharian-

Tiada ulasan: