Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menegur media yang melaporkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja pada Ogos lalu sebagai satu "serbuan."
Katanya, istilah berkenaan menyebabkan JAIS dilihat "kasar" dalam tindakannya ke atas Gereja Methodist Damansara Utama itu.
Sebaliknya, media harus melaporkan tindakan berkenaan sebagai satu "siasatan", katanya ketika merasmikan Seminar Implementasi Dasar dan Strategi: Peranan Media Dalam Mendepani Ancaman Akidah di Shah Alam.
Katanya, kedua-dua perkataan tersebut memberi maksud yang berbeza ke atas tindakan JAIS.
"Apa yang berlaku dua, tiga minggu lalu. Kita ambil satu perkataan siasat jadi serbu.
"Siapa yang serbu... Serbu dalam keadaan menggeledah, dalam keadaan tendang pintu, serbu dalam keadaan tabur bahan-bahan...
"(Tetapi maksud) siasat lain... Kita tulis, sudahkan kita tengok (perkara itu) atau kita betul-betul faham (tentang perkara itu)," tegasnya di hadapan kira-kira 180 hadirin termasuk pengamal media di Shah Alam.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan