"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rais Yatim krisis dengan Ketua Setiausaha Kementeriannya

Gelagatanwar
Semalam bertemu dengan ramai kenalan lama penulis blog ini di RTM. Rupa-rupanya banyak isu dalaman RTM yang rakyat di luar sana tidak tahu. Banyak perkara dan pertengkaran dalaman yang berlaku – menyebabkan ramai kakitangan RTM berasa tidak puas hati dan kecewa dengan kepimpinan Rais Yatim aka DASURY.

DASURY dikatakan memimpin RTM dengan kaedah lama. Bagaimana tuanya kamera RTM – demikianlah tuanya kepimpinan Rais Yatim. Tak segar. Pemalas. Penting diri. Penting kawasan sendiri. Mengutamakan agenda peribadi. Kakitangan RTM berasa Rais Yatim ini seperti memimpin sebuah JKKK Kampung. Selalu membebel dan bercakap banyak. Itu belum lagi masuk kisah isteri YB Menteri yang berlagak macam first lady. Semua benda nak yang terbaik – sedang bajet RTM pun sekadar cukup sahaja.

Sekarang ini, wujud krisis dalaman antara DASURY dan Ketua Setiausaha Kementerian terbabit. Perang dalaman ini muncul kerana kegagalan sebuah usaha perniagaan selepas pencen KSU terbabit yang ditolak oleh DASURY. Bab ini memang kakitangan RTM puji DASURY melangit.

Diberitahu oleh kakitangan RTM, bahawa satu perjanjian hampir termeterai bagi membolehkan BERNAMA membeli satu unit khas di dalam RTM. Kakitangan BERNAMA akan mengambil alih satu unit khusus di dalam RTM. Menurut kakitangan RTM, Berita Perdana – akan diusahakan sepenuhnya oleh BERNAMA; dengan kos hampir RM20 juta setahun. Dengan ini, BERNAMA boleh mendapat sedikit keuntungan. Lebih menarik lagi, menurut maklumat kakitangan RTM - Ketua Setiausaha dan Pengurus Besar BERNAMA akan mendapat keuntungan langsung daripada penjualan Berita Perdana kepada BERNAMA.

Nasib baik DASURY membuat keputusan tepat dan tidak tunduk kepada tekanan yang diberikan oleh KSU terbabit. KSU yang tidak pernah kenal penat lelah dalam mencari keuntungan peribadi.

Apa yang DASURY tidak tahu, kakitangan RTM sudahpun bersedia bertindak sekiranya beliau memberikan lampu hijau kepada usaha ini. Mereka sudah siapkan laporan terperinci mengenai perkara ini dan akan diserahkan kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. Mereka mahu Nurul Izzah sendiri menyerang Rais Yatim di dalam Parlimen.

Nasib baik deal KSU dan Pengurus Besar BERNAMA ini gagal. Kalau tidak, kita akan berdepan dengan satu lagi skandal ekonomi melibatkan kakitangan kerajaan seperti KSU Kementerian Penerangan.

Bayangkan, kalau semua perincian mengenai penjualan unit khusus di dalam RTM kepada BERNAMA terjadi? Nurul Izzah akan mendapat satu lagi isu untuk menyerang kerajaan dalam isu ini. Sudahlah RTM tidak ditonton oleh masyarakat Malaysia – banyak pula skandal yang merosakkan stesen terbabit.

Ingatan buat KSU Kementerian Penerangan dan Pengurus Besar BERNAMA – jangan gunakan RTM untuk kepentingan diri. Ingatan ini disampaikan oleh kakitangan RTM. Jika usaha ini diteruskan, maka banyaklah skandal lain di dalam RTM akan sampai ke meja Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Ini amaran yang jelas oleh kakitangan RTM. RTM ini memang di bawah kawasan Parlimen Nurul Izzah. Kakitangan RTM pun mempunyai hubungan baik dengan Nurul Izzah. Bila sampai isu ini kepada Izzah – apakah Anwar juga akan turut masuk campur dan melakukan serangan kepada Rais dan Kerajaan? Sudah pasti.

Tiada ulasan: