Moaz Nair
Kenyataan yang dibuat oleh seorang ahli politik bahawa Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasa di Perak pada pilihanraya umum yang seterusnya tidak boleh dig
na pakai. Terdapat sentimen yang benar-benar tidak memihak kepada pemegang kuasa politik di Perak sekarang. Menurut pemerhati politik, pilihanraya umum di Perak yang seterusnya akan menjadi saksi penting bagi saingan sengit antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN, dan hasilnya ialah PR mengambil alih kerajaan negeri dengan majoriti mudah

Pakatan Rakyat yang merupakan gabungan DAP, PKR dan PAS telah memenangi pilihanraya di Perak ketika huru-hara politik pada tahun 2008 akan tetapi mereka kehilangan kuasa ketika perampasan kuasa oleh BN pada tahun 2009. Kemelut politik bagi PR ini masih menghantui bukan sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri yang menyerah kalah di dalam Dewan tetapi juga pengundi di Perak.
Kerajaan negeri Perak mempunyai populasi Bumiputera sebanyak 55.74 peratus, Cina 28.77 peratus, India 12.15 peratus dan lain-lain termasuk bukan warganegara 3.44 peratus. Nisbah pengundi adalah beranggaran 6:3:1 masing-masing di kalangan Bumiputera, Cina dan India. Walau bagaimanapun, komposisi perkauman antara pengundi tidak dibahagikan sama rata di antara kawasan bandar dan luar bandar dan di antara majoriti penduduk Bumiputera dan bukan Bumiputera – kelebihan politik yang biasa terdapat di hampir kesemua bahagian di Negara ini untuk memihak kepada kerajaan yang sedia ada.
ADUN PAS dipilih jadi Ketua Menteri

Menurut kajian bebas yang baru sahaja dilengkapkan, didapati bahawa 6 dari 10 rakyat Perak masih boleh menerima kerajaan Perak yang sekarang dan selebihnya telah berpecah mengikut siapa yang patut memerintah Perak pada masa akan datang. 9 daripada 10 orang mahukan kerajaan yang stabil dan juga mahukan rakyat untuk mengundi menggunakan peti undi bagi memilih kerajaan pilihan. Menurut mereka, pihak mahkamah tidak sepatutnya membuat keputusan berkenaan hal-hal politik – ia adalah hak rakyat bagi memilih siapa yang sepatutnya dijadikan pemimpin. 52 peratus daripada responden yang dikaji dalam kawasan majoriti Melayu memilih PR bagi membawa perubahan dan 76 peratus daripada responden dalam kawasan majoriti bukan Melayu juga akan membuat pilihan yang sama. Ternyata bahawa Cina, India dan Melayu masih lagi memihak kepada PR untuk menang jika pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa sebelum pertengahan tahun depan. Ini membuktikan bahawa rakyat tidak dapat melupakan kejatuhan politik yang berlaku di Perak pada tahun 2009.
Perpecahan di dalam UMNO
Untuk meyakitkan hati BN lagi, UMNO sedang mengalami perpecahan kuasa di Perak kerana terdapat segelintir ahli parti tersebut yang amat bercita-cita tinggi dan mahu dipilih sebagai calon bagi pilihan raya umum akan datang. Telah dikatakan sesama responden bahawa Pemuda Umno negeri tidak berpuas hati dengan ketua menteri yang sedia ada. Mereka juga berpendapat bahawa ketua menteri tersbut akan digantikan selepas pilihan raya umum akan datang dan tidak akan bertanding bagi kerusi di peringkat negeri. Perebutan dan pertelagahan di antara bakal calon- calon tersebut akan memberi kesan kepada peluang kemenangan UMNO di mana peluang kemenangan sudah nampak tipis bagi mereka. Tiada sebarang inisiatif dari parti UMNO untuk berkempen secara besar-besaran bagi BN kerana mereka sedang menantikan sebarang petanda daripada pemimpin-pemimpin parti bahawa mereka adalah calon yang terpilih. Walaupun seseorang itu ahli politik yang berbakat, menurut kiraan politik, ketua menteri yang sedia ada di Perak tidak akan dapat membendung rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan BN dan ini akan diungkit oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang. Rakyat mempunyai persepsi bahawa PR masih boleh menang walaupun ketua menteri negeri ditukar.
Petanda kurang baik bagi BN
Pujian bagi Nizar
Tragedi di Perak pada tahun 2009 mempunyai kesan yang mendalam iaitu melahirkan seorang pemimpin politik yang amat berkemampuan di Malaysia dan beliau bernama Nizar. Nizar telah meletakkan dirinya dengan elok pada di dalam politik negara sebagai pemimpin yang dikenali ramai di kalangan semua kaum di negeri ini. Kejatuhan di perak telah meletakkan beliau di dalam perhatian politik negara dan ini juga merupakan petanda yang baik bagi negara. PAS nampaknya mempunyai seorang lagi pemimpin yang boleh diharapkan.
Nizar sebenarnya adalah amat muda berbanding ahli-ahli politik lain yang berpengaruh di negara ini dan beliau mempunyai bersifat tenang dan mempunyai kebijaksanaan yang boleh menjadikan beliau seorang pemimpin yang baik.
Dilatih untuk menjadi jurutera, beliau dikurniakan dengan kecerdasan dan kebijaksanaan. Peranannya sebagai ketua menteri Perak selama hampir setahun telah membuatkan dirinya disukai kebanyakan rakyat Perak dan Malaysia.
Dianggap sebagai tidak gila kuasa, beliau dianggap rakyat sebagai ahli politik yang ikhlas dan sanggup berkhidmat bagi rakyat pada bila-bila masa. Latar belakang agamanya yang kukuh talah menjadikan beliau seorang lelaki yang kukuh prinsipnya. Rakyat dengan sendirinya telah mengesahkan beliau di dalam hati sebagai pemimpin masa hadapan untuk semua rakyat Malaysia. Kebanyakan rakyat juga telah meramalkan bahawa beliau boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kami boleh melihat beliau sebagai pemimpin PAS yang tulen dan bersederhana menerajui kepimpinan negara ke arah kemakmuran masyarakat berbilang kaum dan agama yang diketuai oleh pemimpin Islam yang diterima semua.
Pemimpin bersih diperlukan
Falsafah politik Nizar berdasarkan nilai-nilai universal seperti keadilan untuk semua dan amanah telah memenangi hati rakyat Malaysia. Bagi beliau, pemimpin-pemimpin yang rosak, nepotistik dan dicemari skandal tidak mempunyai tempat di dalam politik Islam. Rakyat kini mencari seorang pemimpin yang "bersih" untuk memimpin mereka. Ini telah menambah nilai kepada kelayakan politik Nizar.
Dididik dengan didikan agama, merendah diri dan bahagia bersama keluarga,bebas skandal yang melibatkan rasuah, nepotisme dan wanita, Nizar adalah lelaki yang telah diramalkan untuk memimpin Perak sekali lagi dan mungkin negara ini satu hari nanti. Ini adalah persepsi kebanyakn rakyat Perak. Tidak dinafikan lagi, beliau mempunyai masa depan yang cerah di dalam politik Malaysia. Seorang poliglot, beliau amat bersahaja dan sederhana, sentiasa didekati dan berkarisma menjadikan beliau pemimpin pilihan di kalangan ramai rakyat Malaysia - tua dan muda.
Penyelidikan yang dijalankan oleh stesen TV tempatan selepas "rampasan kuasa" 2009 Perak menunjukkan bahawa 99 peratus daripada orang yang mengundi mahu pilihan raya baru di negeri Perak. Ini adalah bukti yang cukup bahawa rakyat sudah muak dengan keadaan huru-hara dan perebutan kuasa yang berlaku di negeri ini pada masa itu. Dalam persepsi rakyat, keseluruhan insiden di Perak telah merendahkan imej Polis, Badan Kehakiman dan Perlembagaan - dan ini juga dianggap sebagai tamparan hebat bagi demokrasi di Malaysia. Bottom of Form
Kuasa mutlak di tangan rakyat
Rakyat Malaysia secara amnya kini lebih responsif kepada peristiwa politik di negara ini. Mereka menyedari bahawa kuasa mutlak adalah di tangan rakyat dalam formula menentukan politik negara. Mereka menghargai undang-undang, perlembagaan dan pengekalan demokrasi di Negara ini. Mereka jijik dengan pertelingkahan undang-undang hanya untuk mencari kesahihan dalam politik. Seorang rakyat Perak berkata selepas rampasan kuasa, “Kini semuanya di tangan Ilahi. Rakyat tidak boleh mudah dimanipulasi kali ini. Pihak media boleh bersikap berat sebelah dalam laporan mereka dan lebih banyak mereka taksub dengan pendekatan ini untuk mengelirukan rakyat, rakyat akan menunjukkan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan. Ini telah dibuktikan dalam beberapa pilihan raya kecil yang diadakan selepas kejadian di mana pembangkang menang lebih berbanding BN. "
Menjatuhkan BN

Persepsi bahawa Polis dan Badan Kehakiman yang disalahgunakan oleh BN membawa kerosakan teruk kepada reputasi BN. Persepsi bahawa politik perkauman adalah permainan yang dipatuhi oleh UMNO dan BN akan terus mendatangkan lebih banyak mudarat kepada reputasi mereka. Nampaknya, rakyat kini telah menetapkan fikiran mereka untuk membawa perubahan. Persepsi mereka adalah terdapat ramai pemimpin lain di luar sana yang lebih cekap untuk memimpin dan membawa kemakmuran kepada rakyat.
Nizar dikurniakan dengan karisma yang tinggi dan amat disukai oleh orang Melayu, Cina dan India. Lemah-lembut, berpendidikan dan meyakinkan, beliau telah memenangi hati rakyat hanya dalam masa yang singkat dalam politik. Pada satu ketika beliau merupakan seorang ahli politik yang teragak-agak, kerana beliau tidak begitu bersemangat untuk jawatan ketua menteri apabila disyorkan oleh pasukan Pakatan Rakyat yang telah menang. Beliau telah dipilih di kalangan beberapa orang lain dalam parti gabungan Pakatan Rakyat untuk mengetuai kerajaan oleh Raja. Dia teragak-agak menerima jawatan itu tetapi kemudiannya membuktikan dirinya menjadi seorang pemimpin yang berkmampuan di dalam proses tersebut. Keperibadiannya bersinar lebih cerah berbanding orang lain semenjak beliau dilantik menjadi ketua menteri Perak selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008.
Perbandingan dengan Zambry
Musuhnya, ketua menteri sekarang telah berusaha keras untuk meyakinkan rakyat, tetapi tidak mempunyai karisma seperti beliau dan amatlah berwaspada pada setiap masa. Beliau pernah juga mengalami "penolakan" ketika mendekati rakyat tetapi telah menggunakan strategi bijak kerana beliau memahami sentimen semasa . Ketua menteri yang sedia ada boleh menjadi pemimpin yang baik dengan kesabaran dan keberanian tetapi oleh kerana mencari pertelagahan pada waktu yang salah telah meletakkan dirinya dalam kedudukan yang sukar. Nizar walaupun telah digulingkan masih lagi kekal berjaya dan nampaknya lebih popular di kalangan kebanyakan rakyat Perak. Walaupun Nizar tidak kembali sebagai ketua menteri, Perak masih boleh diselamatkan daripada BN dengan ketekadan Nizar. Ini adalah persepsi rakyat. Ini juga merupakan ramalan kebanyakan penganalisis politik. Pilihan raya umum akan datang mungkin akan menyaksikan pertembungan PR diketuai oleh Nizar terhadap pasukan BN untuk menuntut takhta politik di Perak.
Oleh itu, untuk mendakwa bahawa BN akan mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang oleh parti BN yang berpemikiran sempit adalah satu strategi politik semata-mata kerana sentimen sebenar mengatakan sebaliknya. Patut diperhatikan bahawa terdapat turun naik di dalam politik. Dalam politik, anda boleh digulingkan sekali tetapi ini tidak bermakna bahawa anda tidak boleh mendapat kembali kuasa, terutamanya apabila rakyat yakin untuk menerima anda lagi bergantung kepada kredibiliti dan pengalaman yang anda telah melalui.
-Malaysia Chronicle-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan