"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas Hakim Mati, PM Mati, Kita Semua Mati!

ustaznik


Akhbar melaporkan bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia. Saya juga baharu sahaja kembali dari menziarahi kaum keluarga yang meninggal di Kuala Terengganu. Makcik itu pulang dari solat Subuh di surau. Menyiapkan makanan pagi anak-anak dan cucu. Rasa pening, jatuh. Anak mengajar mengucap syahadah. Dalam perjalanan ke hospital, ia meninggal. Mudah benar untuk seorang itu meninggal. Anaknya menyebut ‘baru lagi dengar suara mak riuh siapkan makanan pagi, sekarang sudah di dalam kubur..’ Ya, setiap dari kita akan mati.

Ajal maut tidak mengira siapa kita: bekas hakim kah kita (hakim ada 3 kategori), PM kah kita, Menteri kah kita, Exco kah kita, ustaz kah kita.. Tiada lagi kah kah kah. Tiada lagi harta. Tiada lagi kekuasaan dan kebesaran. Yang ada ialah bekalan dan amalan. Baik dibalas baik. Jahat dibalas jahat.

Saya tidak mahu menghukum sesiapa, tetapi Allah tetap membalas manusia tanpa dizalimi sedikitpun. Bagi mereka yang punya matahati, kematian menginsafkan mereka dan menjadikan mereka sedar erti hidup yang sebenar. Inilah yang difahami dengan sebenarnya oleh para Nabi dan rasul, para sahabat dan salafussoleh. Bagi mereka yang keras hati, leka dan lalai dalam dunia hiburan melampau, berbangga dengan pangkat, kedudukan, kuasa dan harta, akan terus hidup buat sementara waktu sebelum mereka juga akan tersentak di alam barzakh nanti.

artikel berkaitan:

Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi ini.

arifin jaka story
Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin.


Arifin, 72, ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004.

Allahyarham meninggalkan balu Datin Maznah, dua anak lelaki dan seorang nak perempuan.

Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor.

Tiada ulasan: