Liang Lahat
Seorang rakyat marhaen yang ingin membuat pinjaman dari Tekun untuk mengubah hidup,telah diperlekehkan oleh seorang pemimpin UMNO dihadapan orang ramai...
Pemohon tersebut Abdul Naaim bin Azaddin,48 tahun telah "disuruh balik oleh Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Mohd Suhaimi bin Abdullah.
Mungkin jawatan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerai sudah cukup tinggi untuk "menghalau balik" rakyat miskin yang datang untuk meminta bantuan..
Bantuan yang diperlukan dari Ketua UMNO Jerai itu hanyalah "sebuah" tandatangan..
bukan datang nak minta wang pun dari pemimpin UMNO tersebut..
Tetapi hanyalah tandatangan bagi mengisi ruang "sokongan" yang ada di dalam borang pinjaman Tekun tersebut..
Oleh kerana malu dengan insiden dimalukan dan diperlekehkan dihadapan orang ramai,pemohon tersebut telah pun membuat laporan polis..
Pemohon itu "disuruh balik" oleh pemimpin Ketua UMNO bahagian Jerai tersebut hanya kerana pemohon tidak mengenali nama-nama pemimpin UMNO di Cawangan Gurun (kawasan pemohon)..
Apakah ada syarat sedemikian di dalam syarat-syarat permohonan Tekun..?
meh sini aku tunjukkan syarat-syarat pinjaman Tekun..
Adakah ada pula pinjaman Tekun ini memerlukan dokumen butiran nama-nama semua pemimpin UMNO dikawasan kita..? siap dengan jawatan mereka sekali...?
Korang tengok kat sini dokumen yang diperlukan..
ada tak dinyatakan keperluan untuk memberikan nama-nama pemimpin UMNO...?
Inilah bukti pemimpin UMNO tidak pernah ikhlas membantu rakyat..
Kerajaan PR memberikan bantuan yang adil kepada rakyat yang layak...
Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Mikrokredit Miskin Bandar Selangor (MIMBAR)
Skim Mikrokredit Selangor
Dan pelbagai lagi program kebajikan di Selangor tidak pernah pun meletakkan syarat supaya Pemohon mengenali Ketua Cabang atau pun Ketua Ranting
Tiada ulasan:
Catat Ulasan