"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Deepak rakan Rosmah tinggalkan pasaran saham sebab Dr M tidak senang

Deepak rakan Rosmah tinggalkan pasaran saham sebab Dr M tidak senang
Deepak Jaikishan yang dipopularkan oleh tuduhan ‘toy boy’ Rosmah Mansor telah membuat kejutan dengan menjual kepentingan beliau dalam syarikat yang ingin memasuki bidang minyak dan gas- Envair Holding Bhd.

Tindakan beliau yang secara tiba-tiba itu setelah meyakinkan ramai pihak bahawa beliau mahu terlibat dengan syarikat itu untuk jangkamasa yang lama mengundang spekulasi bahawa mungkin ada orang di peringkat tertinggi UMNO yang tidak menyenangi penglibatan keluarga Najib dalam sektor minyak dan gas daripada firma petroleum negara Petronas.

“Ada desas desus mengatakan bahawa Mahathir tidak senang dengan perkembangan itu. Pertamanya, beliau tidak mahu berkongsi faedah yang diperolehi daripada Petronas dan juga, orang-orang Mahathir mengatakan bahawa beliau idak layak mendapat kontrak kerajaan daripada Petronas,” seorang pengurus pelaburan daripada firma saham tempatan memberitahu Malaysia Chronicle.

Berjanji akan kekal untuk jangkamasa yang lama

Keluarga bekas-bekas PM; Mahathir dan Abdullah Badawi masing-masing terlibat dalam sektor itu melalui Kencana dan Scomi dengan kontrak daripada Petronas memberi hasil terbesar buat kedua-dua firma tersebut. Memandangkan indeks rasuah Malaysia sudahpun semakin teruk, kemasukkan Najib ke dalam sektor minyak dan gas melalui Deepak adalah sesuatu amat dicurigai.

Kemasukkan Deepak ke dalam sektor korporat Malaysia juga mencurigakan memandangkan ia telah menimbulkan kebimbangan bahawa ia juga akan membawa skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu dan rasuah pembelian kapal selam Scorpenes ke dalam dunia korporat Malaysia. Najib, Rosmah dan Deepak yang telah dikaitkan dengan pembunuhan itu telah menepis tuduhan mengenai penglibatan mereka.

Saya telah, dengan mengumumkan kepentingan saya dalam Envair membuat keputusan untuk menjadi sebahagian daripada perusahaan ini (minyak dan gas) dan untuk beberapa bulan lagi dengan bergabung tenaga akan mengembangkannya,” beritahu Deepak kepada sidang media awal bulan ini.

“Saya berhasrat menjadi sebahagian daripada lembaga pengarah syarikat ini dan pengurusan. Saya sekali lagi menegaskan bahawa saya tidak akan menjual kepentingan saya dalam syarikat ini di masa hadapan dan berharap akan membinanya di hari-hari yang mendatang.


Menghasilkan penapis udara dan air, Envair telah pada bulan lepas memasuki sektor minyak dan gas selepas menandatangani persefahaman dengan Resscom yang mempunyai lesen memperoleh diesel dan produk hasil minyak dan gas yang lain.

Envair juga telah meyakinkan pelabur bahawa ia boleh membekalkan 2 juta tong minyak mentah untuk 60 bulan kepada syarikat di negera Cina, An Hong Shenzhen.

Tidak dapat dipastikan lagi sama ada pengunduran Deepak juga menguburkan cita-cita ini.

Keuntungan RM 750 000 sudah memadai untuk Deepak?


Perkembangan ini telah menurunkan saham Envair, yang menjadi penurunan paling sengit mereka dalam jangkamasa lebih sebulan dengan kejatuhan lebih daripada 15 % kepada 26.5 sen pada hari Khamis. Ini merupakan hari keempat berturut-turut ia jatuh. Ia telah didagangkan kepada 39.5 sen pada awal minggu ini.

Jumlah dagangan envair juga berkurang secara signifikan menjadikan ia sukar untuk peniaga meninggalkan belian mereka tanpa mendapat kerugian. Pada minggu ini, jumlah dagangan adalah 12.5 juta saham, lebih 60% rendah daripada purata 31.44 juta saham sebelum ini.

Dokumen di Bursa Malaysia menunjukkan bahawa pada hari Rabu, Deepak telah menjual 6 juta sahamnya pada 14 Disember di pasaran terbuka. Pada hari itu, saham Envair didagangkan pada 34.5 sen dan 38 sen. Deepak tidak memberi penjelasan kepada Bursa Malaysia mengapa beliau menjual sahamnya. Ini bermaksud Deepak boleh menjana 56 % ROI (pulangan kepada pelaburan) atau minimum RM750 000.

“Untuk seseorang seperti Deepak, RM 750 000 adalah jumlah yang sedikit. Adalah mustahil beliau memasuki dunia itu, membuat bising mengenainya dan bersetuju untuk keuntungan yang begitu kecil jumlahnya.” Kata pengurus pelaburan itu lagi.

Deepak telah membeli 6 juta saham pada 2 Disember untuk RM 1.32 juta atau 22 sen seunit dan mengumumkan bahawa beliau akan menambah kepentingan beliau kepada lebih 10 %.

Sememangnya beliau diketahui mempunyai harta yang banyak untuk bergaul dengan orang seperti Rosmah. Deepak mengurus sebuah kedai karpet milik keluarganya di Kuala Lumpur dan beliau juga dituduh cuba memberi rasuah RM5 juta kepada penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menarik balik pengakuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dengan kes Altantuya dan Scorpenes.

Kemasukkan anak Najib Nazifuddin dalam Harvest


Menurut Business Times, Deepak bukanlan pelabur pertama yang membeli sejumlah besar saham dalam Envair dan menjualnya tidak lama selepas itu. Pada 1 November, seorang warga negara Cina, Jiang Chuan Yi telah membeli 6.75 % kepentingan dalam syarikat itu dan kemudiannya menjualnya 3 minggu selepas itu.

Usaha Deepak dalam Envair telah mendapat kritikan apabila saham-saham lemah yang lain yang berkaitan keluarga Najib- Harvest Court Industries Bhd. spekulasi bahawa Harvest dan Envair adalah semata-mata mendapatkan keuntungan peribadi atau membina dana untuk pilihanraya yang dijangka akan dilakukan Najib pada awal 2012.

Saham dalam Harvest telah naik kepada yang tertinggi sejak 9 tahun apabila berita yang anak Najib Nazifuddin telah memasuki lembaga pengarah firma itu. Dalam kekecohan itu, Nazifuddin telah berundur daripada Harvest tetapi berjanji bahawa beliau akan terus berpegang kepada sahamnya untuk jangkamasa lama. Sama juga seperti yang dilakukan oleh Deepak pada Envair!

Tiada ulasan: