"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ghani panjat pagar DUN, ditahan polis

Pengkritik paling lantang terhadap kerajaan Pulau Pinang Mohammed Ghani Abdul Jiman dan tiga lagi ditahan polis hari ini selepas menyerahkan memorandum kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Polis Daerah George Town Gan Kong Meng berkata mereka ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram.

NONEMohammed Ghani yang datang bersama 10 penyokong berjaya menyerahkan memorandum kepada pegawai akhbar Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menemuinya di pagar.

Bagaimanapun, memorandum itu ditujukan kepada Speaker Abdul Halim Hussein, Yang di-Pertua Negeri Abdul Rahman Abbas dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya tidak serahkan memo kepada Lim kerana saya sudah hilang kepercayaan padanya," kata Mohammed Ghani.

Mohammed Ghani bagaimanapun berusaha memasuki perkarangan DUN dengan cuba memanjat apabila pagarnya ditutup.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: