"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KEJUTAN AKAN BERLAKU: Pak Lah orang lama yang pertama disingkir Najib?

Maria Begum
KEJUTAN AKAN BERLAKU: Pak Lah orang lama yang pertama disingkir Najib?
Nampaknya bekas perdana menteri Abdullah Badawi dapat menghidu tindakan penggantinya Najib Razak yang cuba mengeluarkannya dari kerusi Kepala Batas untuk membolehkan orangnya sendiri dan dia telah bertindak terlebih dahulu dengan memberi amaran kepada parti Umno.


“Najib dan Mahathir sedang cuba bertindak sekarang. Jelaslah bahawa mereka akan mengadakan pemilihan dalam parti sebelum PRU ke 13. Mereka mempunyai alasan yang cukup untuk diberi kepada Majlis Tertinggi parti bahawa jika PRU ke 13 diadakan dengan tergesa-gesa, mereka akan berkemungkinan besar kehilangan kerajaan persekutuan.” Ahli parlimen Batu dari PKR, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

“Ini berkemungkinan benar namun mereka akan cuba melaksanakannya dengan cara kotor. Dengan cara ini mereka akan dapat menyingkirkan semua musuh mereka dalam Umno dan menggantikannya dengan orang-orang mereka termasuk didalam parlimen. Jadi, jika mereka kalah sekalipun dalam pilihanraya umum ke 13, mereka tidak akan perlu berhadapan dengan orang yang bakal berpaling tadah dan berpegang pada jawatan parti dan boleh bersuara dalam politik nasional.

Lebih banyak kejutan akan dijangka

Sudah dijangka beberapa hari yang lalu, bekas menteri Kadir Sheik Fadzil telah melancarkan sebuah parti politik baru, Ikatan, yang bertujuan menghidupkan semula ‘Umno lama’ dan membebaskan diri dari cara politik Najib sering bermain dengan perkauman dan agama.

Umno yang ada pada masa ini adalah Umno Baru yang ditubuhkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad setelah merebut kuasa daripada Tengku Razaleigh pada tahun 1980-an dan perpecahan berlaku menyebabkan Umno yang lama telah didaftarkan semula.

Kadir yang keluar dari Umno pada bulan lalu dikatakan seorang yang agak liberal didalam parti. Walaupun dia agak berprofil rendah, agak ramai juga orang dalam Umno yang berpengaruh akan bersimpati padanya dan mungkin juga akan menyertai Ikatan jika Najib dan Mahathir bertindak melampaui batas. Antara mereka yang agak berserdehana dalam Umno termasuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Sabaruddin Chik.

Ikatan wujud kesan daripada perpecahan dalam Umno dan ketidakpuasan hati dengan Mahathir. Ramai yang kecewa apabila Najib melakukan apa saja kata Mahathir termasuk melaksanakan cara lama yang begitu kolot dan kejam dan telah merosakkan imej Umno itu sendiri. Namun Mahathir tidak Nampak semua itu. Dia merasakan bahawa Umno sepatutnya lebih tegas dan telah memberi amaran jika BN kalah dalam PRU ke-13, mereka tidak akan menyerahkan kuasa dengan mudah.

Tiada kenyataan balas dari Pak Lah


Pak Lah tidak memberi apa-apa kenyataan bahawa dia akan bertanding untuk kerusi parlimen Kepala Batas yang dipegangnya sejak tahun 1978. Namun demikian, media Umno telah sibuk menspekulasi siapakah yang akan diumum untuk menggantikan tempatnya.

“Ini memang cara Umno memukul beduknya. Sekalipun Pak Lah mahu bersara, dialah yang akan mencari orang yang sesuai untuk kerusi kuatnya itu. Kita tidak membina kubu kuat seperti itu lantas melepaskannya begitu sahaja. Jika dia mahu, Kepala Batas akan diwariskan kepada Khairy- itu yang pasti,” kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

Dia merujuk kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang berada dalam tekanan di kawasannya sendiri iaitu Rembau dan berkemungkinan juga, Chegubard atau Badrul Hisham Shahrin dari PKR akan mengalahkannya untuk kerusi Negeri Sembilan itu.

Ada cakap-cakap bahawa Khairy akan berpindah ke kubu kuat Pak Lah di Pulau Pinang. Tetapi, bagaimana dia akan melakukan itu tanpa rasa malu dan berhadapan dengan tohmahan dari Umno sendiri.

Boneka Khairy lwn ‘calon boleh menang’ Najib, tapi adakah mereka akan menang?

Menurut The Malaysian Insider, sekurang-kurangnya dua pemimpin Umno sedang bergelut untuk kerusi Kepala Batas. Mereka adalah ketua pemuda Umno Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican dan bekas duta Malaysia ke Filipina, Ibrahim Saad, bekas ahli parlimen tasik Gelugor yang juga timbalan menteri.

“Ibrahim mungkin ada kelebihan disini dan dia juga ada kaitan dengan orang lama manakala Reezal pula seorang mamak. Namun, Pak Lah mahukan Reezal untuk menggantikannya,” ada sumber memberitahu The Malaysian Insider, dengan merujuk kepada Reezal yang berketurunan India Muslim.

Namun, disebalik faktor ‘mamak’ Reezal, dia bukanlah pilihan yang popular kerana dia juga dilihat sebagai boneka Khairy.

Ibrahim yang merupakan timbalan ketua menteri di Pulau Pinang semasa BN memerintah negeri itu dilihat sebagai calon yang lebih berpotensi malah dia juga rapat kepada Najib.

Pak Lah, yang dikenali sebagai ‘Sleeping Beauty’ untuk satu tempoh pemerintahan yang tidak lama, merupakan perdana menteri Malaysia dari tahun 2003 hingga ke 2009. Menurut The Malaysian Insider, dia memenangi kerusi Kepala Batas untuk kali yang ke lapan pada tahun 2008 dengan majoriti undi 11,246 apabila menerima sejumlah 23,445 undi berbanding Subri Mohd Arshad dari PAS yang mendapat hnaya 12, 199 undi.

3 ulasan:

Unknown berkata...

salam tuan boleh add blog zulh http://zulhairiaziz99.blogspot.com/ dalam bloglist tuan, T.kasih

Unknown berkata...

Itulah rupa perangai penimbang buruk

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Mmg benar, perkauman adalah permainan mahathir dan Najib.

KLIK:KETIDAK SEIMBANGAN KAUM DALAM PERKHIDMATAN AWAM