"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Serangan sihir makin hebat di N.Sembilan

rozmal
Rasanya bukan di N.Sembilan saja, malahan di mana-mana tempat dalam dunia ini sejak dari zaman dahulukala lagi. Akan tetapi nampaknya permainan sihir, serangan sihir, gangguan jin serta makhluk halus semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Saya dikhabarkan rakan saya di Seremban, yang merupakan pengamal perubatan Islam, hampir setiap hari ada kes gangguan sihir, makhluk halus, saka dan sebagainya yang perlu ditanganinya.

Kesimpulannya hanya satu, apabila masjid-masjid semakin mati, solat dipandang ringan, majlis ilmu dikesampingkan, maka tidak hairanlah perkara-perkara seperti sihir, gangguan dan sebagainya yang termasuk dalam fahsya dan munkar semakin berleluasa.

Sempena sambutan Israk dan Mikraj pada 27 Rejab 1433 Hijrah ini bersamaan dengan 17 Jun 2012 marilah kita semarakkan surau dan masjid dengan solat serta majlis ilmu dan zikir mulai dari sekarang hingga akhir hayat kita insyaAllah.

Tarikh keramat 27 Rejab 583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera Salib, bumi Al Quds atau Jerusalem atau Palestin telah dibebaskan oleh seorang Sultan yang hidup dalam suasana kemiskinan iaitu Sultan Salahuddin al-Ayyubi, seorang Sultan yang kuat berpegang pada agama, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh.

Tulisan saya sebelum mengenai Masjid-masjid yang Mati di N.Sembilan di waghih.blogspot.com

اتْلُ مَآ أُو حِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَاتَصْنَعُونَ {العنكبوت45}

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (al-Qur'an) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan fahsya’ dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 29:45)

Tahap-tahap kejahatan yang dilarang

Aras-aras kejahatan dalam tiga aspek yang mengumpulkan segala jenis kejahatan.

Perkara tersebut ada digambarkan dalam 3 perkataan yang lengkap dengan isinya iaitu

al fahsya, al munkar dan al baghy.

AL-FASHYA

Perkatan fhasya bermaksud batu daripada pecahan yang terpecah dari kata perbuatan dan maknanya. Makna pula berlaku agak terlampau, terkeluar daripada batas sempadan yang patut, tidak bersikap sopan dan sebagainya. Jika dikata, alfahsya ertinya kedekut dan tamak harta dunia, kotor, tidak malu serta lucah.

AL-MUNKAR

Perkataan munkar merupakan pecahan yang membawa maksud bertidak, menidakkan,

tidak mengaku, tidak mahu mengaku dan sebagainya. perkataan munkar membawa makna perbuatan yang ditegah sama ada oleh undang-undang, agama dan manusia.

Tahap kesan munkar tidak terhad kepada diri sendiri, malahan memberi kesan kepada

orang lain.

AL-BAGHY

Al-baghy merupakan satu kejahatan yang melanggar batas keadilan, keinsafan,

kesopanan, keamanan dan keselamatan umum. Semua perbuatan keji , buruk dan jahat bukan sahaja dapat dilihat, dibenci oleh orang lain, malah dapat memberi kesusahan, kerugian, kecederaan atau penderitaan kepada orang lain.

Tiada ulasan: