"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya tentera yang setia - Ustaz Azizan

AZAMIN AMIN

ALOR SETAR: Sama ada dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 atau sebaliknya, beliau akan tetap terus berjuang dalam PAS yang didokong sejak sekain lama.


Demikian kenyataan ringkas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak ketika ditanya wartawan dalam satu sidang media, selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aaman baru-baru ini.

Soal pemilihan dan senarai nama calon yang layak bertanding, adalah diputuskan oleh PAS Pusat dan PAS negeri telah pun menghantar senarai penuh kepada Pusat lebih awal lagi dan masih mengekalkan 'status quo' 2008, yang menyaksikan PAS bertanding untuk 24 kerusi Dewan Undangan Negeri, kata Ustaz Azizan.

"Saya ada bos (Presiden). Sama ada saya dipilih untuk bertanding atau tidak terpulanglah kepada bos saya untuk membuat keputusan.

"I am a loyal soldier (saya tentera yang setia). Apa pun keputusan, saya akan tetap terus berjuang untuk PAS," katanya yang telah berkhidmat selama 17 tahun sebagai wakil rakyat.

Kata Ustaz Azizan, jauh di sudut hati beliau sentiasa mahu memberi peluang kepada golongan muda untuk menjadi pemimpin namun tidak menyatakan jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk golongan itu pada PRU-13 kelak.

Ustaz Azizan dikenali di kalangan pihak media, seorang pemimpibn PAS yang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan yang 'mendahului' parti bahkan menyarankan pihak wartawan untuk bertanya kepada yang berhubung kait, dalam soal tertentu.

Ditanya peluang PAS untuk mempertahankan Kedah seperti 2008, beliau yakin ada penambahan yang berlaku di kerusi tertentu tetapi semua tertakluk kepada penilaian rakyat melihat hasil pentadibiran yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat selama empat tahun di negeri ini.

"Soal ramalan ... itu hak masing-masing. Ianya pun berbentuk ramalan ... mungkin betul, mungkin tidak," katanya.

Tiada ulasan: