Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR: PAS mendesak pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), disiasat berhubung pemberian kad pengenalan kepada warga asing untuk menjadi pengundi di Sabah.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli berkata, siasatan tersebut bukan hanya perlu dilakukan ke atas SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja tetapi ke atas semua agensi dalam kerajaan yang terlibat.
"Apa yang diragui kita selama ini ada benarnya bahawa berlaku konspirasi melibatkan SPR dan JPN untuk beri IC kepada rakyat asing," katanya kepada Harakahdaily.
Ahli Parlimen Kuala Krai itu berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Mohd Nasir Sugip semalam berhubung kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.
Nasir ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) berkata, jabatanya pernah menerima arahan daripada SPR negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing bagi membolehkan mereka mengundi
Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.
Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".
berkata, pendedahan dalam RCI itu juga membuktikan keraguan rakyat terhadap ketelusan SPR ada asasnya.
"Ini bukan pengakuan biasa yang boleh diketepikan tapi pengakuan bersumpah dalam RCI," kata Hatta lagi.
Beliau menambah, operasi yang melibatkan penukaran dan mencipta nama baru, dikenali sebagai 'Ops Durian Buruk' itu bukan sahaja melibatkan keselamatan negara tapi satu penderhakaan kepada Yang DiPertuan Agung.
"Ini bukan sahaja memberi kesan besar dalam Pilihan Raya Umum tapi melibatkan keselamatan negara kerana melibatkan rakyat asing dan menderhaka kepada Yang DiPertuan Agung," katanya.
Tambah beliau, perkara tersebut diyakini bukan sahaja berlaku di Sabah tetapi turut berlaku di negeri lain pada PRU ke-11 pada tahun 2004.
"Contohnya pemindahan pengundi Selangor ke Terengganu dan pemberian IC kepada warga asing untuk mengundi di Terengganu yang menyaksikan peningkatan mendadak peratusan keluar mengindi di negeri itu," katanya.
Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".
1 ulasan:
Mohon PAS dan lain NGO dan orangramai(menggunakan citizen rights) membuat laporan Polis,SPRM dan memorandum kepada KDYMM YDAgong tentang 'tindakan Jahat dan menderhaka' SPR,JPN dan lain-lain lagi. Ini amat penting kerana jika takdirnya PR berjaya mentadbir negara, kes ini akan diteruskan dan petualang yang melaksanakan tugas jahat ini dan dalang yang merancang ini mesti di hadapkan kemuka pengadilan dan dihukum seberat beratnya kerana derhaka kepada YDPAgong dan mengancam keselamatan negara! Jangan lepaskan 'pengkhianat' tanpa diambil tindakan! PAS,DAP,PKR jangan berdiam diri dan buat pendedahan sahaja. Pengakuan dihadapan RCI adalah sesuatu yang 'serious' dan bukan sebuah suruhanjaya 'main pondok-pondok'. Orang yang duduk dalam RCI ini adalah individu yang wibawanya diperaku oleh YDPAgong! Inikalilah! Jom buat laporan Polis!
Catat Ulasan