"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Datuk Fauzi Abdul Rahman harap berhati-hati, ada gunting dalam lipatan

setisab
Tahniah dan selamat berjuang kepada semua calon KeADILan yang telah diumumkan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuantan semalam.
Datuk Fauzi Abdul Rahman yang dicalonkan untuk Parlimen Indera Mahkota, Kerajaan Rakyat amat berharap agar berhati-hati dengan "Budak suruhan" beliau semasa beliau berada dalam Umno suatu ketika dahulu.

"Budak suruhan" ini masih lagi berdampingan dengan Fauzi, seolah dianya turut sama mendokong perjuangan KeADILan, tetapi dalam masa yang sama dia juga masih dan amat akrab dengan pemimpin Umno yang bakal kehilangan telinga.

Fauzi bolih saja teruskan menaja "budak suruhan" itu, tetapi pesan saya; perlu terlalu berhati-hati. Sebagai maklumat Datuk; sejak Januari 2013 hingga kini, beberapa ribu RM telah Datuk bank in kan ke akaun "Budak suruhan" itu dan dalam masa yang sama, beberapa ribu RM juga telah disalurkan ke akaun "Budak Suruhan" itu dari sumber pemimpin Umno yang bakal kehilangan telinganya kerana keceluparan mencabar. Bila berdamping dengan 'gergaji dua mata', sekali lagi pesan saya; Datuk perlu berhati-hati...!

Saya tidak mempertikaikan kewajaran mencalonkan dan keabsahan pencalonan Datuk Fauzi, titipan saya sekadar peringatan.

KUANTAN 31 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon Parlimen Indera Mahkota pada PRU 13.


Pengumuman itu dibuat Ketua Umum KEADILAN itu pada ceramah di Balok Makmor sempena program Jelajah Merdeka Rakyat ke Pahang.

Turut bersama-sama Fauzi di pentas ketika pengumuman dibuat ialah Azan Ismail, penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Fuziah Salleh yang mempertahan kerusi Parlimen Kuantan.

Fauzi adalah bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.

Beliau keluar Umno pada 23 Julai 2008 sebelum mengisytihar menyertai KEADILAN di pejabat KEADILAN Petaling Jaya.

Pada ceramah perdana di Taman Mahkota Aman pula, peguam muda, Murnie Hidayah Anuar diumum bertanding kerusi Parlimen Paya Besar.

Tiada ulasan: