"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gaji Baru Penjawat Awam Julai 2013

Berita Semasa
Gaji Baru Penjawat Awam Julai 2013. Semakan Gaji 1.4 Juta Kakitangan Awam 3 Tahun Sekali Secara Automatik!
gaji baru 2013
Gaji baru penjawat awam 2013 : Sebulan yang lepas, Pakatan Rakyat meniup semboyan persediaan mereka menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 dengan melancarkan manifesto Pakatan Rakyat (DI SINI).

Ada pelbagai perancangan yang ingin dilaksanakan Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 13, itupun jika mereka mendapat mandat daripada rakyat Malaysia. Kalaulah….

Antara butiran pelarasan gaji baru penjawat awam 2013 yang melibatkan lebih 1.4 juta kakitangan awam ialah :
gaji baru 2013
Butiran Pelarasan Gaji Baru Penjawat Awam 2013?
  • Gaji baru penjawat awam 2013 akan bermula dan berkuatkuasa bermula Julai 2013 ini
  • Pelbagai insentif dan elaun penjawat awam akan diperkenalkan secara khusus selepas berakhirnya Pilihanraya Umum ke 13
  • Dividen Banteras Rasuah akan diwujudkan bagi memberi insentif kepada penjawat awam dan orang awam dengan harapan masalah rasuah dan salah guna kuasa akan dapat dibanteras secara berterusan
  • Pelarasan gaji baru tentera dan polis akan bermula tahun hadapan iaitu Januari 2014
  • Semakan gaji baru penjawat awam akan dilakukan 3 tahun sekali secara automatik
  • Gaji paling minima penjawat awam adalah RM1,100
Gaji Baru Penjawat Awam 2013 Bermula RM1,100 Dan Ke Atas!
gaji baru 2013
Apa Pilihan 1.4 Juta Penjawat Awam Menjelang PRU Ke 13?


  • Tidak. Saya Tidak Percaya Langsung dengan Janji Pakatan Rakyat
  • Saya selesa dengan pendapatan + elaun sekarang. Saya tidak mahu penjawat awam yang tidak kenang budi
  • Saya berminat dengan tawaran Pakatan Rakyat

Apa kata dan respon balas 1.4 juta penjawat awam mengenai tawaran awal mereka kepada anda mengenai dasar pelarasan gaji baru penjawat awam 2012 dan lain-lain ketika ini?
Sumber: beritasemasa.com 

Tiada ulasan: