"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perak dan negeri Sembilan tumbang?

anaabdullah
Penulis ada dengar, lima negeri akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini. Bermakna empat campur lima jawapnya Sembilan.
Lima negeri yang dijangka akan jatuh dan bertukar tangan daripada umno/BN kepada pakatan rakyat tidak lain dan tidak bukan ialah negeri Johor, Melaka, negeri Sembilan, Perak dan Terengganu.
Persoalan yang timbul, bagaimana pula dengan negeri Kedah dan Selangor. Apakah Kedah Selangor masih kekal di tangan PAS dan parti Keadilan rakyat.

Pada hemat penulis, Kedah dan Selangor belum tentu selamat. Kedah sedang berhadepand engan krisis kepimpinan, manakala Selangor berhadepand dengan kemasukan pengundi luar yang jumlahnya sangat tidak munasabah.

Negeri Johor kubu kuat umno/BN, Terengganu dan Melaka belum boleh dimasukkan negeri negeri yang akan tumbang pada PRU 13 ini.

Akan tetapi Perak dan negeri Sembilan semacam dapat disahkan merupakan dua negeri yang akan tumbang dan jatuh kepada Pakatan Rakyat.

Atas sebab itulah Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah nyatakan yang dia akan bertanding di Perak pada PRU 13 ini.

Hendak kata beliau akan bertanding parlimen semacam tak sahih kerana parlimen Ipoh Timor sudah diumumkan bahawa Thomas Su akan diletak bertanding di parlimen.

Parlimen Ipoh Timor adalah parlimen selamat yang ditinggalkan Lim Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah Johor.

Mana lagi parleimen yang selamat untuk Anwar bertanding. Adakah ada calon DAP sanggup berkorban apa saja untuk memberi laluan kepada penasihat PR itu.

Oleh itu, ada kemungkinan Anwar Ibrahim akan diberi tempat bertanding di DUN dan parlimen dengan harapan gagal ke putrajaya dan berjaya menjadi menteri besar Perak macam Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor pada PRU 12 lepas.

Sangat munasabah apa yang penulis nyatakan ini. Lebih lebih lagi Anwar sendiri (sinar Harian) menyatakan yang dia akan bertanding di Perak pada PRU 13 ini yang dikatakan akan diadakan awal Mei 2013.

Tiada ulasan: