Mohd Sayuti Omar
Kesian marilah berdoa untuk Dr Mahathir Mohamad, dia masih bercakap dalam luruh lama tanpa melihat kepada realiti semasa. Beliau telah terlupa era politik hari ini bukan lagi di zaman kerajaan 2M selepas kerajaan 1M1G atau kerajaan 1M1A atau 1M1A (sekali lagi). Era sekarang ini ialah era Umno dibawa 1N1M.
Kerana keterlupaan itu mungkin disebabkan nyanyuk, semasa di Johor beliau menasihat rakyat negeri itu agar tidak menyerahkan Johor kepada Pakatan Rakyat. Dia mahukan Johor kekal sebagai negeri fixed deposit kepada UBN. Mungkin Ahmad Maslan memberi gambaran silap kepada Dr Mahathir. Dan kejadian memberi gambaran silap atau disengajakan ini juga biasa dalam dunia politik.
Saya tiak dapat pasti sudah berapa lama beliau tidak jejak kaki ke Johor Baru? Yang pastinya sebaik Abdullah Ahmad Badawi jadi Perdana Menteri setahun selepas itu dia keluar dari Umno. Sebagai bukan ahli Umno Dr Mahathir tidak berhak untuk berada atau menghadiri majlis Umno di Johor kecualilah untuk pekena rojok Singapura di Johor Baru.
Atau apakah sebaik saja meninggalkan Putrajaya kerana terpaksa, apabila ditekan arus reformasi ekoran tindakan mernyingkirkan Anwar Ibrahim, beliau terus menyepikan diri untuk melihat perkembangan politik mutakhir di Johor. Lantaran itu Dr Mahathir masih beranggapan Johor masih kubu kuat Umno. Johor masih seperti Johor di era Umno dibawah pimpinan 2M; Mahathir-Musa.
Elok kalau Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan yang sudah tentu beliau meyimpan banyak klik video mengenai kegiatan parti politik di Johor dalam setahun dua ini. Sudah pasti ada rakaman gambar majlis politik anjuran Pakatan Rakyat; mengenai kunjungan Niik Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang atau Anwar Ibrahim ke Johor.
Klik video atau gambar sambutan masyarakat Johor terhadap majlis-majlis itu boleh dijadikan sumber pencerahan kepada Dr Mahathir untuk beliau tidak terus berilusi atau syok sendiri mengenai Umno Johor yang masih dianggap kubu kuat Umno. Kita tidak mahu Dr Mahathir terkejut dengan realiti yang berlaku di Johor yang boleh menyebabkan dia lemah jantung.
Ceritakan juga macam mana suhu atau pun semangat orang Melayu Johor bingkas tatkala Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pulang ke Johor. Kepulangan Salahuddin disambut baik dan dianggap oleh orang Melayu Johor pulangnya si pertapa untuk berbakti di negeri sendiri. Kekosongan tokoh pembangkang di Johor selama ini terpenuhi dengan kepulangan Salahuddin. Bahawa ada kejutan politik luar biasa di Johor sejak ke belakangan ini.
Kepulangan Salahuddin benar-benar memberi semangat dan rangsangan kepada orang Melayu Johor. Kombinasi Salahuddin bersama Pesuruhjaya PAS Johor Mahfuz Omar dan juga pemimpin aktivis PAS Mazlan Aliman serta Ketua Pemuda Suhaizat Kayat dan lain-lain menjadikan Umno tidak boleh tidur malam seperti dahulu. Tiba-tiba saja majlis-majlis anjuran PAS dan juga parti Pakatan lain meledak. Era sekarang ini bukan lagi era Umno boleh tidur nyanyak.
Ketakutan Umno kepada kehadiran mereka ini serta kebangkitan semangat PAS tidak dapat dilindungkan dan ianya terbukti apabila Umno berada dalam keadaan desparate di mana tergamak mengambil tindakan politik ala samseng menghalang ceramah PAS dan Pakatan. Bendera PAS, PKR dan DAP satu masa diturun dan diconteng dengan cat.
Ceramah-ceramah Pakatan Rakyat atau kunjungan Anwar Ibrahim dalam acara jelajah kemerdekaan diganggu dan dihalang. Contohnya semasa di Semberong kawasan Hishamuddin Hussein, kereta Anwar dibaling batu, telor busuk di balik ke pentas ceramah. Semua itu memberi petunjuk bahawa Umno di dalam keadaan tertekan. Dr Mahathir seharusnya mengarifi perkembangan ini semua. Apa dinamakan kubu Umno di Johor sudah pun retak dan kini menunggu masa saja untuk menanti belah. Dr Mahathir sendiri sudah tidak ada kekuatan dan hilang kuasa keramat untuk membendungnya.
Makanya laungan dan seruan Dr Mahathir agar rakyat Johor tolak pembangkang (PR) sudah tidak bererti lagi. Ia sudah pun terlambat. Kalau ibarat hendak menandak air, air sudah pun melimpahi tebing empangan, dan bibir empangan sudah pun pecah. Kedatangan Dr Mahathir itu juga atas ilusi dia merasakan dia masih disanjung dan pandangannya dihormati.
Politik Dr Mahathir yang memburuk-buruk dan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi. Ia tidak diterima pakai lagi oleh golongan muda hari ini. Mungkin kempen fitnah dan memrendahkan wibawa Lim Kit Siang dan Anwar itu valid di zaman dia tetapi tidak waktu ini. Makin dia memburukkan lawan, kebencian tertompok-tompok pada dirinya.
Sebenarnya kedatangan Dr Mahathir ke Johor tidak membantu apa-apa kepada Umno Johor. Orang Johor mengerti apa yang Dr Mahathir lakukan ke atas Johor semasa dia berkuasa dahulu. Johor tidak diberi kuasa mutlak untuk merancang pembangunan negerinya sendiri. Johor adalah satu-satunya negeri dibawah Umno yang pembangunannya diuruskan oleh kerajaan Pusat. Dr Mahathir sendiri semasa menjadi PM dia juga merangkap menjadi Menteri Besar Johor.
Jadi kalau hari ini dia ke Johor untuk menyuruh dan memaksa rakyat Johor tolak pembangkang adalah kerja sia-sia sahaja. Rakyat Johor tidak melihat keikhlasan Dr Mahathir untuk membela dan menyelamatkan bumi Johor dimiliki warga asing tetapi lebih kepada untuk mencapai hasrat peribadinya.
Dalam politik gerhana menimpa Umno kini Dr Mahathir ada ada dua cita-cita atau nawaitu besar dari penglibatannya itu. Pertama dia mahukan Muhyiddin Yassin menadi Perdana Menteri secepat mungkin yang boleh. Lantaran itu dia mahu pastikan Umno Johor kuat kerana kekuatan itu beliau hendak sangkutkan kepada Muhyiddin. Dalam masa sama dia lupa bahawa sebahagian Umno Johor tidak suka dengan Muhyiddin kerana masih ingat dosa dan noda Muhyiddin menjual tanah Johor Baru kepada rakat Singapura atas masalah pembangunan.
Kenapa Dr Mahathir menjaga dan memelihara Muhyiddin ialah dengan harapan Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri. Kenapa beliau perlukan sangat Muhyiddin menjadi PM, jawabnya seperti yang sudah tercoret sebelum ini kerana dia mahu anaknya Mukhriz pula selepas akan akan mewarisi jawatan itu. Untuk meletakkan anaknya di kerusi itu maka beliau kena membina jambatan dan pagar yang cukup kuat bagi Mukhriz. Itulah rahsia.
Maksud jauh dari itu kenapa dia memerlukan pewaris politik ialah untuk menjaga keselamatan dirinya sendiri kerana jikalau anaknya menjadi PM kebusukan yang sedang dikendung kini akan terselamat dan terus terlindung.
Jadi mengenai seruan Dr Mahathir agar rakyat kekalkan Johor sebagai kubu BN tidak akan berhasil. Orang ramai akan mendengar apa yang Dr Mahathir pohonkan tetapi orang ramai tidak akan sedia melaksanakan kerana mereka memahami sangat apa yang Dr Mahathir sumbangkan untuk Johor.
Dosa-dosa Dr Mahathir ke atas Johor yang tidak memberikan kebebasan untuk melakar plan pembangunan semasa dia jadi PM selama 22 tahun tidak akan tertebus dengan muslihat dia menjual Muhyiddin menjadi PM. Apa lagi kerja menjual Muhyiddin itu dilakukan Dr Mahathir umpama sambil menyelam minum air. Dr Mahathir tidak pernah tidak memikirkan kepentingan dan laba politiknya dari setiap tindak tanduk atau pun penglibatannya dalam politik Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan