"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Chong Eu -> Kit Siang -> Anwar -> Mahathir -> Nik Aziz : Tak Faham?

hijabulcrewz
Ramai yang tercengang-cengang. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan formula atau equation:-

Chong Eu -> Kit Siang -> Anwar -> Mahathir -> Nik Aziz = ???
Nak tahu apa info yang menggemparkan ini? Baca selanjutnya...

Jika disorot sejarah politik di Malaysia sejak Merdeka, ada seorang tokoh politik Cina yang cukup unggul. Namanya Dr Lim Chong Eu. Beliau mencipta nama apabila menang jawatan presiden MCA dengan menewaskan Tun Tan Cheng Lock dalam AGM MCA 1958. Waktu itu beliau baru berumur 39 tahun.

Sepanjang memimpin MCA, beliau membuat beberapa perubahan radikal termasuk meminda perlembagaan MCA, menuntut jumlah 40 kerusi parlimen untuk MCA dan mendesak bahasa Cina sebagai bahasa kebangsaan. Kerana tekanan dari luar dan dalam parti, pada 1960 beliau meletak jawatan dan meninggalkan MCA.

Pada tahun 1962, beliau menubuhkan Parti Demokratik Bersatu (UDP) tetapi kurang mendapat sambutan. Pada tahun 1968, beliau bersama Dr Syed Hussein Alattas menubuhkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dan partinya menang banyak kerusi dalam PRU 1969 serta membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Lim Chong Eu dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sejak 1969 sehingga 1990.

Selama 21 tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau tidak mampu dicabar oleh sesiapa. Tetapi langit tidak selamanya cerah. Dalam PRU 1990, ada seorang ahli politik muda DAP mencabar beliau di DUN Padang Kota dan beliau tewas. Kekalahannya mengejutkan. Nama ahli politik muda DAP itu adalah Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang ke Pulau Pinang pada tahun 1990 adalah untuk menawan negeri itu dalam sebuah grand design yang dinamakan 'Projek Tanjong I'. Gelombang Projek Tanjong I ternyata membangkitkan sokongan mutlak pengundi Cina Pulau Pinang namun usaha beliau gagal untuk menawan negeri itu. Walaupun DAP menang kerusi terbanyak iaitu 14 kerusi, tetapi BN masih menguasai kerusi majoriti iaitu 19 kerusi apabila UMNO mendapat 11 kerusi, Gerakan 7 kerusi dan MIC 1 kerusi.

Punca utama kegagalan DAP dan Lim Kit Siang di Pulau Pinang adalah kerana wujudnya tokoh muda UMNO yang cukup berkarismatik serta punyai keupayaan berpidato yang luar biasa. Tokoh itu, yang berjawatan Naib Presiden UMNO adalah crowd puller bagi sebarang rapat umum politik di serata negara. Kesan ceramah beliau di Pulau Pinang menarik sokongan mutlak pengundi melayu di negeri tersebut kepada Barisan Nasional. Tokoh itu bernama Anwar Ibrahim.

Anwar adalah pemimpin hebat. Beliau tidak pernah kalah dalam sebarang pemilihan sama ada pemilihan parti atau dalam pilihan raya. Dalam sebarang pertembungan, beliau tidak pernah tewas melainkan kepada seorang lelaki yang berusia 22 tahun lebih tua daripadanya iaitu Dr Mahathir Mohamad. Dalam krisis 1998, beliau dipecat dari UMNO kerana pelbagai tuduhan yang didakwa sebagai konspirasi politik.

Dr Mahathir pemimpin terbilang. Beliau menjadi Presiden UMNO dan PM selama 22 tahun tanpa mampu digugat oleh sesiapa samada Ku Li atau Musa Hitam. Beliau berjaya merampas semua negeri di Malaysia termasuk Sabah yang beberapa kali dikuasai oleh PBS. Tetapi...

Bersambung...

Untuk mengikuti sambungan artikel yang saspen lagi mendebarkan ini dan bagi mengetahui siapa lagi power daripada "SuperMan-SuperMan" kat atas ini, sila ke:- hijabulcrewz.blogspot.com

Tiada ulasan: