"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TERBAKAR!! Kita Tunggu Tsunami Ketiga Pulak?? [ Jom Terjah.... ]

matuse68

Banyak media melaporkan keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami kaum Cina. Ini kerana ramai orang Cina mengundi DAP. Saya berbeza pandangan dengan kenyataan di atas.

Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat--dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dan lain-lain yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat.

Mereka bangkit kerana mahukan pendemokrasian diberikan ruang sewajarnya untuk mengambil tempat dalam negara kita.

Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.

Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita.

Ramai bertanya sama ada saya puas hati atau tidak dengan keputusan PRU. Saya katakan saya kecewa kerana telahan awal saya bahawa BN akan tumbang dalam PRU ini meleset. Biarpun kalah, saya yakin kekalahan PR adalah kekalahan bermaruah yang mendokong semangat demokrasi.

Tiada ulasan: